Cara Semak Insurans Kereta Etiqa Secara Online & Kaunter (Takaful/Conventional 2025)
Insurans kereta Etiqa adalah antara perlindungan penting yang sering diabaikan oleh sesetengah pemilik kenderaan, walaupun hakikatnya kereta adalah aset yang bernilai dan memerlukan perlindungan sewajarnya.
Sebagai pemilik kenderaan, memahami cara semak polisi insurans kereta Etiqa secara online atau di kaunter adalah langkah bijak untuk memastikan perlindungan anda masih aktif dan sah.
Insurans kereta membantu melindungi anda daripada risiko kewangan yang tidak dijangka seperti kemalangan, kerosakan, atau kehilangan kenderaan. Selain itu, ia juga memberikan ketenangan fikiran serta membantu dalam perancangan kewangan jangka panjang.
Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan lengkap untuk semakan polisi insurans kereta Etiqa, sama ada melalui platform digital atau secara fizikal di kaunter.
Semak Insurans Kereta Etiqa
Anda sebagai pemegang insurans kereta tentu ingin mengetahui jenis dan cara check insurans kereta Etiqa yang Anda pilih. Berikut adalah langkah-langkah cara semak insuran kereta Etiqa.
Cara Daftar My Account Etiqa
Pertama sekali, Anda mesti membuat akaun profile di portal MyAccount. Sila ikuti step berikut:
- Buka pautan https://www.etiqa.com.my/MyAccount
- Kemudian klik Register.
- Sila baca dan terima terma dan syarat kemudian klik I Agree.
- Lepas tu, sila masukkan nombor polisi ataupun sijil yang aktif.
- Sila pilih Jenis Pengenalan.
- Masukkan Nombor Pengenalan. (Ambil perhatian kalau ini akan menjadi ID pengguna (Username/User ID) Anda, kami nasihatkan Anda untuk simpan atau tulis di buku agar tidak terlupa).
- Setelah itu sila masukkan nombor telefon Anda.
- Pada bahagian email, sila masukkan alamat e-mel Anda.
- Seterusnya, klik Proceed dan Kod Pengaktifan (Activation Code) akan dihantar ke nombor telefon Anda.
- Apabila Anda telah menerima Activation Code (AC).
- Masukkan Activation Code (AC) yang diterima dan klik Proceed.
- Buka laman ke https://www.etiqa.com.my/MyAccount
- Klik Activation.
- Isi dan lengkapkan borang yang dipaparkan di skrin, kemudian masukkan Activation Code (AC) yang diterima. Klik Proceed.
- Masukkan password pilihan Anda dan sahkan dengan memasukkan semula password Anda.
- Anda mesti menjawab sekurang-kurangnya 1 soalan keselamatan atau paling banyak 3 soalan.
- Klik Save. Tahniah Registration Successful, Anda akan diarahkan ke dashboard MyAccount.
Check Insurans Kereta Etiqa Online
Untuk semak insuran kereta Etiqa melalui online, Anda boleh ikuti langkah berikut:
- Buka laman website https://www.etiqa.com.my/MyAccount/login
- Masukkan Identification No/Nombor Kad Pengenalan.
- Masukkan Password/Kata Laluan Anda. Klik Login.
- Klik Policy/Certificate Information untuk melihat jenis insurans kereta Anda.
Baca juga cara membatalkan insurans Etiqa Maybank sekiranya Anda nak buat pembatalan polisi.
Check Insurans Kereta di Cawangan Etiqa
Sebagai pemegang polisi, Anda boleh memilih cara yang paling mudah dan selamat. Apabila Anda rasa lebih selesa jika berjumpa terus dengan ejen atau pegawai insurans, maka jumpa mereka di pejabat terdekat.
Sila bawa kad pengenalan dan polisi kereta Anda untuk membuat semakan di kaunter atau pejabat Etiqa.
