BSNOnline: Cara Mudah Daftar BSN Online Banking Dalam Bahasa Melayu
Adakah anda ingin membuka akaun BSN dan mendaftar perkhidmatan online banking BSN tetapi mendapati panduan rasmi di laman web MyBSN terlalu sukar difahami kerana semuanya dalam Bahasa Inggeris? Jangan risau! Kami sediakan panduan lengkap cara buat BSN online banking dalam Bahasa Melayu supaya lebih mudah difahami dan diikuti.
Sebelum anda dapat menggunakan perkhidmatan online banking BSN, anda perlu membuka akaun BSN terlebih dahulu. Perlu diingat bahawa pembukaan akaun BSN tidak boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian kerana anda perlu hadir sendiri ke cawangan BSN dengan dokumen yang lengkap untuk pengesahan identiti.
Cara buat BSN online banking
Kami andaikan anda sudah membuka akaun BSN. Hanya daftar online banking selepas anda terima debit card.
Sekarang, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk buat BSN online banking di MyBSN.
- Layari laman web rasmi MyBSN di sini: https://mybsn.com.my
- Lihat ke sebelah kanan atas skrin, kemudian klik butang Register/Demo
- Ini adalah untuk pelanggan baru yang mahu mendaftar di MyBSN. Manakala untuk pelanggan yang sudah membuka akaun keahlian BSN, anda hanya perlu menekan butang Login untuk log masuk ke akaun MyBSN anda.
- Pastikan anda membaca sepenuhnya terma & syarat yang telah ditetapkan oleh BSN untuk mendapat akses penggunaan Servis Perbankan Internet BSN (MyBSN), beserta dengan segala servis yang disediakan dalam MyBSN online.
- Klik Accept sekiranya anda bersetuju dengan terma & syarat tersebut, manakala Decline untuk kembali ke laman utama.
- Selepas anda memilih Accept, pada laman seterusnya, bahagian yang ditandakan sebagai *Mandatory Field haruslah diisi oleh anda.
- Lebih tepat lagi:
- Nombor kad kredit/debit
- Nombor pin kad (untuk kad debit sahaja)
- CVV2 (tiga digit terakhir yang tertera pada belakang kad kredit/debit)
- Tarikh luput kad kredit/debit
- Pastikan anda mempunyai nombor kad debit/kredit, nombor PIN kad debit/kredit dan nombor telefon mudah alih yang berdaftar atas nama anda
- Isikan nombor kad pengenalan anda pada ruang New IC Number sekiranya anda warganegara Malaysia, ATAU isikan pada ruangan Military IC/Passport Number jika anda tidak mempunyai kad pengenalan atau bukan warganegara
- Di laman seterusnya, masukkan username yang anda mahu dan mengikut spesifikasi yang diberi, serta masukkan kata laluan pada ruangan Password (mestilah lebih daripada lapan angka)
- Masukkan juga kod OTP, di mana kod ini boleh diperoleh dari nombor telefon yang berdaftar semasa proses pendaftaran akaun bank BSN dahulu
- Pastikan daftar nombor telefon sebelum cuba daftar MyBSN online
- Seterusnya, pilih salah satu gambar yang tertera di ruangan Online Image. Gambar ini digunakan untuk proses pengesahan, dan anda dinasihatkan untuk menukar gambar Online anda ini setiap bulan.
- Siap.
Mudah sahaja cara online online banking BSN bukan?