Cara Mudah Dapatkan Penyata Akaun Bank Islam: Panduan Lengkap ATM & Online

Jika anda pengguna Bank Islam dan ingin mendapatkan penyata akaun dengan mudah, sama ada melalui mesin ATM atau secara dalam talian, panduan ini akan memudahkan urusan anda. Kami akan berkongsi langkah demi langkah cara untuk mendapatkan penyata akaun Bank Islam dengan cepat dan tanpa sebarang masalah.

Sedikit latar belakang, Bank Islam Malaysia Berhad adalah bank Islam pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan berlandaskan prinsip Syariah. Bank ini juga memiliki rangkaian cawangan yang luas, melebihi 144 cawangan di seluruh negara, menjadikannya salah satu institusi kewangan Islam terbesar di Malaysia. Fokus utama Bank Islam adalah menyediakan solusi kewangan yang seimbang dan beretika mengikut prinsip Syariah demi manfaat individu dan masyarakat.

Cara dapatkan penyata akaun Bank Islam secara online

  1. Cara untuk anda dapatkan penyata akaun Bank Islam anda yang pertama adalah perlu membuka laman web rasmi Bank Islam pada pautan ini https://www.bankislam.com/.
  2. Setelah membuka pautan untuk ke laman web rasmi bank islam, anda akan dibawa ke halaman utama Bank Islam dan anda perlu log masuk ke akaun Bank Islam anda untuk mendapatkan penyata akaun Bank Islam anda.
  3. Untuk log masuk anda harus mencari butang “Login” yang berada pada sebelah kanan atas paparan skrin anda (sekiranya anda menggunakan komputer untuk log masuk ke akaun anda).
  4. Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda pada ruangan yang disediakan dan tekan “Login” untuk log masuk ke akaun Bank Islam anda.
  5. Setelah log masuk anda akan dibawa ke paparan utama ataupun “dashboard” anda.
  6. Anda perlu cari “My Account” dan klik pada butang tersebut untuk ke langkah berikutnya.
  7. Setelah anda klik “My Account” anda akan dipaparkan dengan “dropdown menu” yang menunjukkan kesemuaa aktiviti perbankan yang anda boleh lakukan.
  8. Anda perlu klik pada “E-Statement” dan kemudian klik pada “Download”.
  9. Paparan berikutnya anda perlu memilih nombor akaun anda pada ruangan “Account/Card” dan klik pada “Submit”.
  10. Setelah menekan “Submit” anda akan melihat terdapat beberapa penyata akaun Bank Islam (List of Statements for Savings Account) anda pada ruangan “Statement Date”.
  11. Untuk melihat penyata akaun anda, anda perlu klik pada tarikh penyata akaun yang anda inginkan.
  12. Selesai sudah cara dapatkan penyata akaun Bank Islam anda dengan mudah.

Bolehkah dapatkan penyata akaun Bank Islam di ATM?

Untuk pengetahuan semua, penyata akaun Bank Islam hanya boleh didapati secara online sahaja. Buat masa ini tidak ada cara untuk mendapatkan penyata Bank Islam melalui ATM.

Sekiranya urgent, kami sarankan anda pergi ke mana-mana cawangan Bank Islam yang terdekat sekiranya ingin mendapatkan bank statement.

Kelebihan perbankan online ?

Membayar bil-bil anda secara online sahaja

Anda tidak perlu lagi ke kaunter Bank Islam untuk menyelesaikan bil-bil anda, kini semuanya di hujung jari anda sahaja. Anda boleh melakukan transaksi membayar bil secara online sahaja. Anda boleh melakukan pembayaran bil di laman web rasmi bank anda.

Melihat dan menyemak transaksi bank anda

Online banking memberi anda kelebihan untuk menyemak banking history dan mendapatkan penyata akaun Bank Islam anda dan melihat kesemua transaksi bank anda. Segala aktiviti perbankan anda akan direkod oleh pihak bank seperti perbelanjaan anda dan jumlah duit yang ada dalam bank anda.

Memindahkan wang antara akaun bank

Anda boleh melakukan pemindahan wang dengan cepat dengan menggunakan perbankan online kerana semuanya dilakukan secara online dengan cepat dan senang.

Jika anda ingin mengetahui cara untuk dapatkan penyata akaun bank komersial yang lain ataupun anda ingin mengetahui tentang cara print penyata akaun Maybank anda, jangan risau kerana kami telah sediakan artikel khas tentang cara print penyata akaun Maybank.

Akhir kalam

Diharapkan cara dapatkan penyata akaun Bank Islam ini dapat memudahkan urusan anda untuk melakukan aktiviti perbankan anda.

Semoga bermanfaat.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *