CARA MUDAH SEMAK & CETAK PENYATA BANK AGROBANK ONLINE MELALUI AGRONET
Penyata Bank Agrobank atau e-Statement ialah laporan bulanan transaksi akaun yang boleh diakses secara elektronik melalui portal AGRONet. Kini, Agrobank menyediakan kemudahan kepada pelanggannya untuk muat turun penyata bank secara online dengan beberapa langkah mudah sahaja. Namun, masih ramai pelanggan yang belum tahu cara semak dan cetak penyata Agrobank secara online.
Dalam panduan ini, kami akan kongsikan langkah demi langkah cara semak penyata bank Agrobank melalui internet agar Anda dapat menguruskan dokumen penting ini terutama apabila diperlukan untuk urusan seperti permohonan pinjaman wang, semakan kewangan atau bukti transaksi.
Semak Penyata Bank Agrobank
Untuk dapatkan penyata bank secara online, Anda mestilah mempunyai akaun AGRONet terlebih dahulu. Sila baca panduan cara daftar Agrobank online banking yang pernah kami kongsikan.
Selepas Anda mempunyi akaun AGRONet, Anda boleh ikuti langkah mudah cara semak penyata bank Agrobank di bawah ini:
- Lawati pautan Agronet https://www.agronet.com.my
- Masukkan Username akaun Anda.
- Klik Login.
- Klik Yes, this is my Security Image.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Submit.
- Selepas Anda login, klik Account and Banking.
- Kemudian, klik Deposit Account.
- Pilih Akaun yang ingin Anda dapatkan penyata bank.
- Pada butang titik 3, pilih e-Statement.
- Seterusnya, pilih Statement Period yang Anda inginkan.
- Klik Download.
- Penyata Bank Agrobank Anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Di era teknologi sekarang, banyak aktiviti kita boleh dapatkan hanya dengan hujung jari sahaja. Sebagai contoh, Anda boleh print bank statment melalui online dengan mudah dalam 1 minit sahaja, sehingga Anda tak perlu keluar rumah dan pergi ke bank Agrobank.
Soalan Lazim
Beberapa soalan lazim berkaitan dengan Agrobank yang kerap orang tanyakan.
1. Adakah pelanggan menerima e-Statement dalam akaun online?
Ya. Pembukaan akaun online Agrobank adalah akaun berasaskan penyata. Bagi akaun simpanan pelanggan akan menerima penyata kertas seperti yang dijadualkan melalui pos-pos. Pelanggan juga dapat semak penyata bank melalui Agronet secara percuma.
2. Adakah akaun yang dibuka melalui permohonan online tertakluk kepada sebarang pembayaran keuntungan?
Pengiraan hibah/keuntungan (jika ada), hendaklah mula dikira dari tarikh akaun dibuat dan diaktifkan di cawangan Bank.
3. Apa yang berlaku jika pelanggan melawati cawangan selepas tamat 7 hari bekerja tempoh hari?
Tempoh sah laku permohonan iaitu dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan pembukaan akaun dengan permulaan pembayaran deposit dibuat secara online. Jika gagal, permohonan itu tidak akan sah lagi. Deposit awal aakn dikembalikan secara automatik ke akaun yang ditetapkan yang disediakan semasa permohonan dalam talian.
Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda. Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Pusat Perhubungan Agrobank di 1-300-88-2476.