Cara Daftar i-Get In Touch Great Eastern Takaful (Great ID Login 2025)
Great Eastern Takaful merupakan antara syarikat insurans kesihatan terbaik di Malaysia, dengan ribuan pelanggan yang memilih produk perlindungannya kerana manfaat yang menyeluruh dan diyakini.
Sekiranya anda pemegang polisi atau pelanggan Great Eastern Takaful, amat disarankan untuk mendaftar akaun i-Get In Touch (Great ID) bagi memudahkan urusan semakan polisi, bayaran, serta tuntutan secara dalam talian.
Di bawah ini kami kongsikan panduan lengkap cara daftar i-Get In Touch Great Eastern Takaful melalui akaun Great ID.
Apa Itu Great ID
Pada masa ini log masuk ID i-Get In Touch yang menggunakan NRIC atau Nombor Kad Pengenalan akan telah digantikan dengan Great ID, yang mana Pemilik Sijil boleh menggunakan alamat e-mel pilihan mereka sebagai log masuk ID baharu mereka.
Bagi Anda yang belum mengetahui apakah itu Great ID, Great ID adalah satu identiti log masuk yang digunakan untuk mengurus perkhidmatan digital Great Eastern Takaful Anda. Great ID tersedia untuk Pemilik Sijil Great Eastern Takaful.
Untuk mencipta Great ID, Anda hanya perlu memberikan alamat e-mel yang sah. Apabila Anda mempunyai sijil dengan GETB dan GELM, Anda hanya perlu mencipta satu Great ID dan kata laluan sahaj. Ini dapat digunakan untuk masuk ke portal i- Get In Touch dan e-Connect.
Cara Daftar i-Get In Touch Melalui Great ID
Bagi Anda pemilik sijil Great Eastern Takaful, di bawah ini kami kongsikan langkah-langkah pendaftaran i-Get In Touch melalui Great ID.
- Buka laman https://igetintouch.greateasterntakaful.com
- Klik Daftar Sekarang.
- Klik Yes kemudian Next.Cara Daftar i-Get In Touch
- Masukkan Personal ID atau Certificate Number.
- Masukkan 6 (enam) digit PIN Anda.
- Masukkan Preferred Name, Email Address dan Password.
- Masukkan Nombor PIN yang dihantar ke alamat email Anda.
- Klik Login.
- Baca dan terima Terma & Syarat klik Saya Bersetuju.
- Selesai.
Great Eastern Takaful Login
Setelah Anda mempunyai akaun i-Get In Touch, sekarang Anda perlu mengetahui bagaimana cara login di portal Great Eastern Takaful.
- Sila buka pautan https://igetintouch.greateasterntakaful.com
- Klik Log masuk dengan Great ID.
- Masukkan Email Great ID Anda.
- Masukkan Password, klik Submit.
- Tahniah Anda berjaya login portal Great Eastern Takaful.
Sekiranya Anda mendapat mesej bahawa akaun Anda telah berdaftar dengan alamat e-mel yang Anda berikan, kemungkinan akaun tersebut telah pun didaftarkan sebelumnya.
Jika Anda mendapatkan masalah ini, kami nasihatkan Anda untuk reset password Great ID sehingga Anda boleh mendapatkan semula kata laluan Anda.
