Kad Maybank Hilang

Kad Maybank Hilang: Cara Lapor, Sekat & Ganti Kad ATM Baru (2025)

Kad ATM Maybank adalah antara item penting yang sering dibawa bersama dompet kerana fungsinya yang pelbagai – dari pengeluaran wang tunai hingga pembayaran di kedai dan transaksi online. Disebabkan penggunaannya yang meluas, ramai yang lebih suka membawa kad ATM daripada wang tunai.

Namun, risiko kehilangan kad ATM juga tinggi – sama ada tertinggal, jatuh, dicuri, atau ditelan mesin. Jika kad ATM Maybank anda hilang, penting untuk segera buat laporan dan sekat kad tersebut bagi elakkan penyalahgunaan.

Artikel ini kongsikan langkah-langkah penting untuk lapor kad Maybank yang hilang, cara sekat serta panduan dapatkan gantian kad ATM baru dengan mudah dan cepat.

Prosedur Kad Maybank Hilang

Kehilangan kad ATM tentu akan membuat Anda merasa risau, takut wang yang ada dalam akaun hilang, selain itu Anda juga tidak boleh mengeluarkan wang di mesin ATM.

Lalu bagaimana prosedur kad Maybank hilang, dan bagaimana nak dapatkan kad Maybank baru? Berikut langkah-langkah yang perlu Anda lakukan:

  1. Jika kad Maybank hilang, hal pertama yang perlu Anda lakukan iaitu menyekat kad tersebut dengan cara hubungi customer service Maybank di nombor 1300886688, sekiranya Anda berada di luar negara Malaysia sila hubungi +60378443696 (Overseas).
  2. Sila sampaikan, jika kad debit Maybank hilang, pihak bank akan segera menyekat akaun Anda, sehingga baki akaun boleh selamat. Untuk memastikan wang Anda selamat, sila buat semak baki akaun Maybank online.
  3. Sila siapkan dokumen: Kad pengenalan, buku bank dan sejumlah wang untuk kos gantian kad baru. Kos untuk membuat kad gantian baru Maybank iaitu RM15.00 sahaja.
  4. Seterusnya sila pergi ke cawangan Maybank berdekatan, untuk membuat kad debit Maybank baru.
  5. Tidak perlu menunggu masa lama, kad maybank baru boleh langsung digunakan.

Cara Block Kad Maybank Hilang

Apabila kad bank hilang, langkah pertama yang mesti Anda buat adalah menyekat kad bank, cara block kad Maybank hilang boleh Anda ikuti di bawah:

  1. Log masuk ke akaun Maybank anda secara online.
  2. Klik Settings
  3. Pilih Cards dan lalu klik Manage Debit Cards
  4. Selepas itu klik Debit Card dan klik Replace & Block
  5. Pilih Menu Option
  6. Selepas itu klik Block Card
  7. Klik Confirm
  8. Kad Maybank berjaya disekat

Fungsi block Maybank adalah untuk mencegah transaksi yang tidak Anda inginkan atau mencegah pencurian wang.

Cara Buat Kad Bank Maybank Baru Secara Online

Maybank2u menyediakan perkhidmatan penggantian kad Maybank lama dengan yang baru, Anda boleh gunakan perkhidmatan ini untuk dapatkan kad bank baru tanpa perlu kena pergi ke cawangan. Langkah cara buat kad debit Maybank baru:

  1. Buka pautan https://www.maybank2u.com.my
  2. Log masuk akaun Maybank Anda
  3. Klik menu Settings
  4. Pilih menu Cards

5. Klik pada Debit Cards (Replace, Active & Block)

  1. Masukkan alamat rumah Anda, sebab kad akan di pos ke alamat rumah yang didaftarkan
  2. Request TAC untuk tujuan proses pengesahan. Pastikan akaun mempunyai baki RM12 untuk caj gantian kad baru
  3. Anda akan mendapatkan mesej kad baru telah dihantar. Anda akan menerima kad baru dalam masa 9 hari waktu bekerja.
  4. Selepas Anda mendapatkan kad ATM/Debit baru, sila pergi ke mesin ATM terdekat untuk kemaskini PIN baru.

Itulah maklumat cara buat kad Maybank baru kalau kad Maybank lama hilang, pastikan Anda menyimpan kad tersebut dengan selamat.

Semoga maklumat yang kami kongsikan dapat bermanfaat.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *