Cara Daftar MyAccount

Cara Daftar & Login MyAccount Etiqa Takaful/Insurans Online (2025)

Dalam era digital masa kini, banyak syarikat termasuk Etiqa telah mengalihkan urusan pelanggan ke platform atas talian. Bagi memastikan keselamatan dan kemudahan akses, Etiqa memperkenalkan portal digital MyAccount yang membolehkan pelanggan mengurus polisi Takaful dan insurans dengan lebih mudah dan selamat.

Melalui MyAccount Etiqa, pengguna boleh semak maklumat polisi, membuat pembayaran, memohon tuntutan dan banyak lagi secara dalam talian. Di bawah adalah panduan lengkap cara daftar dan login ke portal MyAccount Etiqa Takaful/Insurans.

Apa Itu MyAccount Etiqa

MyAccount menawarkan cara selamat untuk mengakses polisi/sijil pelanggan mengikut keselesaan pelanggan, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Jenis polisi atau akaun yang disokong oleh MyAccount:

  • Terdapat produk yang tidak disokong dalam MyAccount.
  • Jika Anda tidak dapat melihat polisi/sijil Anda, Anda boleh menghubungi Etiqa Oneline di 1-300-13-8888, hubungi ejen servis Anda atau e-mel ke [email protected] untuk meminta sokongan.

Melalui MyAccount, Anda dapat melakukan aktiviti seperti:

  • Lihat polisi/sijil Anda dalam satu paparan.
  • Lihat maklumat terperinci tentang polisi/sijil Anda contoh. status, sejarah pembayaran, perlindungan, penama/benefisiari, tarikh matang dan jumlah premium/caruman. Ketahui lebih lanjut apabila Anda log masuk ke MyAccount.
  • Lihat tuntutan Anda.
  • Lihat maklumat peribadi Anda.
  • Muat turun e-borang.

Kelayakan Daftar MyAccount Etiqa

Anda boleh mendaftar sekiranya Anda mempunyai syarat atau kelayakan:

  • Anda boleh mendaftar jika Anda mempunyai polisi/sijil aktif dengan Etiqa Insurance Berhad dan/atau Etiqa Takaful Berhad.
  • Sesetengah produk tidak disokong oleh MyAccount dan Anda tidak akan dapat mendaftar. Untuk produk yang tidak disenaraikan, Anda boleh menghubungi Etiqa Oneline di 1-300-13-8888 atau e-mel [email protected].

Cara Daftar Etiqa MyAccount

Di bawah ini adalah langkah cara register Etiqa MyAccount:

  1. Buka pautan https://www.etiqa.com.my/MyAccount
  2. Klik Register.
  3. Baca dan terima terma dan syarat, dan klik I Agree.
  4. Masukkan nombor polisi/sijil yang aktif.
  5. Pilih Jenis Pengenalan.
  6. Masukkan Nombor Pengenalan. Ambil perhatian bahawa ini akan menjadi ID pengguna (Username/User ID) Anda.
  7. Masukkan nombor telefon Anda yang berdaftar.
  8. Masukkan alamat e-mel Anda. Klik Proceed dan Kod Pengaktifan (Activation Code) akan dihantar ke nombor telefon Anda yang didaftarkan melalui SMS.
  9. Selepas Anda menerima Activation Code (AC). Anda masih log masuk ke skrin pendaftaran di www. etiqa.com.my dan skrin pengaktifan akan dipaparkan dengan ID Anda tidak diisi.
  10. Sila masukkan Activation Code (AC) yang diterima dan klik butang Proceed.
  11. Sekiranya Anda telah logout. Buka laman ke https://www.etiqa.com.my/MyAccount.
  12. Klik pada butang Activation.
  13. Lengkapkan borang yang dipaparkan dan masukkan AC yang diterima.
  14. Klik pada butang Proceed untuk melengkapkan pendaftaran.
  15. Masukkan kata laluan pilihan Anda dan sahkan dengan memasukkan semula kata laluan Anda.
  16. Anda dikehendaki menjawab sekurang-kurangnya satu (1) soalan keselamatan atau paling banyak tiga (3) soalan.
  17. Klik Save dan sistem akan memaparkan Registration Successful, Anda akan diarahkan ke dashboard MyAccount.

Gagal Daftar Etiqa MyAccount

Sekiranya pendaftaran Anda tidak berjaya, sila ikuti langkah berikut:

  • Anda mungkin telah memasukkan Polisi/Nombor Sijil/Nombor Kad Pengenalan Baharu/Nombor Kad Pengenalan Lama/Nombor Pasport/Nombor Telefon Bimbit
  • Produk tidak disokong oleh MyAccount.
  • Polisi/Nombor Sijil/Nombor Kad Pengenalan Baharu/Nombor Kad Pengenalan Lama/Nombor Pasport/Nombor Telefon Bimbit anda/tidak disenaraikan dalam rekod Etiqa.
  • Untuk bantuan, hubungi Etiqa Customer Service atau e-mel [email protected].

Etiqa MyAccount ialah perkhidmatan protal online yang disediakan khas untuk pelanggan Etiqa. Sila gunakan portal ini untuk dapatkan maklumat yang Anda perlukan.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *