Tak Boleh Download MAE

Kenapa Tak Boleh Muat Turun Aplikasi MAE Maybank2u? Ini Punca & Cara Selesai

Ramai pengguna menghadapi masalah tidak boleh memuat turun aplikasi MAE Maybank2u sama ada melalui Google Play Store atau App Store. Ada juga yang mengalami kesukaran untuk log masuk selepas pemasangan. Masalah ini biasanya berpunca daripada beberapa faktor seperti kemas kini sistem, isu sambungan internet, peranti tidak serasi, atau gangguan sementara pada pelayan Maybank.

Situasi ini sememangnya menyukarkan pengguna yang ingin melakukan urusan kewangan harian melalui MAE. Pihak Maybank sedang berusaha memperbaiki isu ini dengan segera, termasuk memastikan versi terkini aplikasi boleh dimuat turun dan digunakan tanpa gangguan.

Teruskan membaca untuk ketahui punca sebenar dan cara menyelesaikan masalah ini.

Kenapa Tak Boleh Download MAE Maybank2u

Masalah tak boleh download MAE Maybank2u adalah masalah yang sedang diatasi oleh pihak Maybank. Pengguna yang mengalami masalah ini boleh bersabar dan memberikan masa kepada pihak Maybank untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Berdasarkan semakan kami, sistem MAE dah beroperasi seperti biasa pada ketika ini. Pihak Maybank hargai jika Anda dapat PM (private message di laman facebook Maybank https://www.facebook.com/Maybank) lampiran gambar bersertakan kod ralat yang dipaparkan kepada Anda untuk semakan lanjut.

Kalau nak daftar MAE, sila baca artikel ni ye cara daftar MAE Maybank2u.

Soalan Lazim

Di bawah ni adalah pertanyaan dan jawapan yang mungkin boleh membantu Anda.

1. Kalau saya tak guna telefon Android ataupun iOS hanya pakai fon Nokia, macam mana cara muat turun aplikasi MAE Maybank2u?

Bagi model telefon yang Anda gunakan tu tidak disokong oleh aplikasi MAE Maybank2u. Anda perlu menggunakan telefon bimbit model iOS atau Android sahaja yang boleh disokong untuk menggunakan perkhidmatan Secure2U tersebut.

2. Apa option yang ada kalau SMS TAC dihentikan?

Perkhidmatan Secure2u akan menjadi satu-satunya kaedah pengesahan untuk perkhidmatan yang terpilih di laman website dan aplikasi Maybank2u, dan ia akan menggantikan SMS TAC sedia ada. Sila gunakan model telefon Android atau iOS ye.

3. Kenapa guna MAE tak boleh transfer dari tabung haji je account?

Untuk makluman Anda, transaksi pindahan dari Tabung Haji hanya boleh dilakukan menerusi log masuk laman web Maybank2u sahaja. Bagi perkhidmatan menerusi aplikasi MAE, ianya hanya bagi semakan baki Tabung Haji dibahagian Wealth.

4. Macam mana nak dapat kad MAE ni, saya dah install apps tu dan buat akaun MAE?

Anda boleh melakukan permohonan kad MAE menerusi langkah berikut:

Login MAE App > Maybank2u > Pilih MAE account > Klik pada Elevate your MAE App experience with the MAE card.

Anda akan diminta untuk mengisi alamat bagi penerimaan kad dan kad akan dihantar dalam tempoh masa 5 hari bekerja.

Jika Anda memerlukan bantuan lanjut, pihak Maybank hargai jika Anda dapat PM (Mesej Peribadi di laman Facebook Maybank) nama penuh dan nombor telefon Anda.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *