Tukar Limit Transfer OCBC Bank

Cara Tukar Limit Transfer OCBC Bank Online 2025: Naikkan Had Sehingga RM30,000

Bagaimana cara tukar limit transfer OCBC Bank? Kini, pemindahan wang secara online sudah menjadi rutin harian sama ada untuk membeli barang, membayar bil, memberi pinjaman kepada rakan, atau urusan perniagaan. Namun, pernahkah transaksi anda gagal ketika cuba menghantar jumlah besar? Salah satu punca biasa ialah had pemindahan yang belum dinaikkan. OCBC Bank menetapkan had default yang boleh dinaikkan sehingga RM30,000 sehari. Jika anda ingin memastikan transaksi besar berjaya tanpa masalah, anda perlu menukar limit transfer terlebih dahulu. Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan langkah mudah untuk tukar had pemindahan OCBC Bank secara online melalui internet banking.

Cara Tukar Limit Transfer OCBC Bank

Ikuti langkah-langkah cara tukar limit transfer OCBC Bank di bawah ini:

  1. Buka laman website OCBC Bank https://internet.ocbc.com.my
  2. Masukkan Login ID akaun Anda.
  3. Klik Next.
  4. Klik Confirm, untuk sahkan Security Phrase dan Security Image.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Seterusnya, pada menu atas klik Payments & Transfers>To An Account.
  8. Klik Update Transaction Limits.
  9. Pada Regular Transfer & Enets, pilih Had limit baru yang Anda inginkan.
  10. Kemudian, pilih Transaksi lain yang Anda ingin ubah limitnya.
  11. Selepas selesai, klik Next.
  12. Semak butiran yang tadi Anda ubah dan klik Submit.
  13. Kemudian, masukkan Kod OTP yang dihantar ke handphone Anda.
  14. Klik Confirm dan Klik Done.
  15. Selesai.

Baca juga langkah cara tukar no telefon OCBC Bank jika no HP Anda di block atau hilang.

FAQ Tukar Limit Transfer OCBC Bank

Beberapa soalan lazim berkaitan dengan transfer OCBC Bank.

1. Berapakah limit tukar maksimum transfer OCBC Bank?

Anda dapat menukar had transfer melalui perbankan internet dengan jumlah maksimum yang dibenarkan untuk 3rd Party dan antara bank ialah RM30,000 sehari.

2. Bolehkah saya memilih akaun yang saya ingin daftarkan untuk DuitNow?

Ya, Anda boleh menukar akaun Anda sebaik sahaja ciri tersedia di Internet OCBC atau Perbankan Mudah Alih dan di mana-mana cawangan OCBC Bank mulai Disember 2018

3. Adakah yuran dan caj jika menggunakan online banking OCBC Bank?

Perbankan online adalah percuma. Walau bagaimanapun, yuran transaksi standard untuk sesetengah perkhidmatan perbankan mungkin dikenakan.

Sekiranya Anda menggunakan internet banking untuk pemindahan wang dengan jumlah yang besar (melebihi RM30,000) dan transaksi tersebut gagal, Anda dinasihatkan untuk pergi ke juruwang/kaunter untuk meminta bantuan pemindahan, sebab di juruwang tiada had.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *