Semak Insurans Etiqa

Semak Polisi Insurans Kereta Etiqa & Sijil Takaful Online Melalui MyAccount (2025)

Kini anda boleh semak polisi insurans kereta atau sijil takaful Etiqa secara online dengan mudah dan pantas, tanpa perlu ke kaunter atau menghubungi ejen.

Melalui portal MyAccount Etiqa, pelanggan dapat mengakses maklumat polisi atau sijil takaful mereka secara selamat dan fleksibel, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Jika anda merupakan pemegang polisi atau sijil dengan Etiqa, berikut adalah panduan lengkap cara semak insurans kereta dan sijil takaful Etiqa secara online melalui MyAccount.

Semak Insurans Etiqa Melalui Online

Anda boleh mengakses portal melalui telefon pintar atau tablet selagi Anda mempunyai sambungan internet untuk mengaksesnya.

  1. Layari https://www.etiqa.com.my
  2. Klik MyAccount.
  3. Pada laman MyAccount, klik Register.
  4. Pada laman Terms & Conditions, klik I Agree.
  5. Isikan butiran Anda di Registration, klik Proceed.
  6. Anda akan menerima SMS kod pengaktifan.
  7. Isikan kod pengaktifan Anda, klik Proceed.
  8. Isikan laman Security Settings, klik Save.
  9. Anda akan menerima Email Pendaftaran Berjaya.
  10. Tahniah, Anda telah berjaya mendaftar.

Kami nasihatkan Anda untuk ikuti panduan cara daftar MyAccount Etiqa yang telah kami kongsi sebelum ini.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah pertanyaan mengenai insuran Etiqa.

1. Macam mana ya nak tau yang kita dah daftar dalam etiqa tu, sebab saya dah isi borang dekat ejen etiqa, tapi tiada pulak maklum balas yang memberitau permohonan saya dah lulus, saya nak tau macam mana ya?

Anda boleh membuat semakan dengan menghubungi talian khidmat pelanggan di 1 300 13 8888 untuk bantuan selanjutnya.

2. Macam mana saya nak dapatkan semula nombor polisi insurans etiqa takaful saya?

Anda boleh berhubung dengan bahagian khidmat pelanggan Etiqa di talian 1 300 13 8888 untuk bantuan selanjutnya.

3. Tolong check polisi saya?

Sila kemukakan nama penuh dan nombor kad pengenalan pemilik polisi melalui Live Chat Etiqa sebagai pengesahan bagi membolehkan Etiqa mengambil tindakan yang selanjutnya.

4. Macam mana nak print penyata bayaran tahunan Etiqa?

Anda boleh login MyAccount kemudian ke My Document untuk memuat turun penyata bayaran tahunan.

5. Apa perlu dilakukan kalau polisi Etiqa hilang?

Sekiranya polisi hilang, Anda perlu ke pesuruhjaya sumpah untuk membuat pengakuan kehilangan polisi. Kemudian Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Etiqa yang terdekat untuk membuat salinan polisi kedua.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *