Cara Tukar Limit Transfer Maybank2u 2025: Naikkan Had Harian Sekarang
Sebagai pengguna Maybank2u, anda mungkin ingin menaikkan atau menurunkan had harian transaksi atas pelbagai sebab, terutamanya untuk urusan perniagaan atau pembelian besar. Setiap jenis kad Maybank — seperti Basic, Platinum, atau Corporate — mempunyai had transaksi berbeza yang ditetapkan. Biasanya, kad Maybank Basic mempunyai had transfer yang paling rendah, manakala kad Platinum menawarkan had tertinggi, sesuai untuk pengguna aktif atau pemilik bisnes yang kerap melakukan pindahan melebihi RM10,000. Had pemindahan ini juga bergantung kepada jenis transaksi — sama ada pindahan sesama Maybank atau ke bank lain. Artikel ini akan membantu anda memahami cara tukar limit transfer Maybank2u dengan mudah dan selamat melalui aplikasi atau laman web rasmi Maybank.
Limit Transfer Maybank
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai had maksimum transfer yang dimiliki oleh setiap jenis kad Maybank sila lihat data di bawah ini.
Bercakap mengenai had pemindahan, apa sebenarnya fungsi limit transaksi pada kad Maybank? fungsi ini adalah untuk mengawal penggunaan baki pelanggan dalam akaun.
Had hanya berlaku untuk satu hari, yang bermaksud bahawa setiap tukar hari, had transaksi akan kembali ke awal lagi.
Lalu berapa transfer maksimum pada setiap kad Maybank? lihat penjelasan dalam jadual di bawah.
| Jenis Kad Maybank | Transfer / Transaksi Harian | Upgrade Limit Transfer / Transaksi |
|---|---|---|
| Maybank FC Barcelona Visa Debit | RM3,000 | RM20,000 |
| Maybank Visa Debit Picture Card | RM3,000 | RM10,000 |
| Maybank ASPIRE MasterCard Platinum Debit Card | RM3,000 | RM20,000 |
| Maybank ASPIRE Visa Platinum Debit Card | RM3,000 | RM20,000 |
| Maybank Manchester United Visa Debit | RM3,000 | RM10,000 |
| Maybank MasterCard Platinum Debit | RM3,000 | RM20,000 |
| Maybank Visa Debit | RM3,000 | RM10,000 |
| Maybank Visa Platinum Debit payWave | RM3,000 | RM20,000 |
| Maybank Corporate MyDebit Card | RM20,000 | RM30,000 |
Cara Tukar Limit Transfer Maybank (Upgrade)
Untuk keperluan tertentu, Anda mungkin perlu meningkatkan atau menukar limit transaksi pada kad Maybank yang Anda miliki. Pertanyaannya, bagaimana untuk menambah atau mengurangkan had kad debit Maybank?
Untuk menambah atau mengurangkan limit kad debit Maybank, Anda bisa melakukannya sendiri melalui perkhidmatan Maybank2u.
Sila buat pendaftaran, sekiranya Anda belum memiliki akaun berdaftar dengan membaca panduan cara daftar Maybank2u online banking.
Apakah Anda sudah memiliki akaun berdaftar di maybank2u sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:
Cara Tukar Limit Kad Debit
- Masukkan user ID dan password Maybank2u
- Pilih Settings.
- Pilih Manage Debit Cards.
- Pilih jumlah limit yang Anda mahu pada dropdown menu.
- Pilih Save.
- Request TAC atau SMS TAC.
- Pilih Confirm untuk selesaikan upgrade limit.
Cara Tukar Limit Transfer Maybank2u
- Masukkan user ID dan password Maybank2u
- Pilih Settings
- Pilih Pay & Transfer
- Pilih ikon pensel dan jenis pemindahan
- Pilih Transfer Limit pada dropdown menu
- Pilih Save Changes
- Request for Secure Verification atau SMS TAC
- Pilih Confirm
Cara Tukar Had Pembayaran
- Masukkan user ID dan password Maybank2u
- Pilih Settings.
- Pilih Pay & Transfer.
- Pilih Pay Limit.
- Pilih Add New Pay Limit.
- Taip untuk mencari penerima dan masukkan had pembayaran.
- Pilih Save.
Itulah cara tukar limit transfer maybank untuk debit card, pembayaran dan limit transaksi maybank2u.
