CARA AKTIFKAN SEMULA ALLIANCEONLINE YANG DISEKAT / DITAMATKAN (2025)
Pernah tak Anda hadapi masalah tak boleh log masuk ke akaun Allianceonline? Mungkin Anda lupa kata laluan atau akaun tiba-tiba disekat tanpa sebab yang jelas. Akses ke akaun Allianceonline boleh ditamatkan atas beberapa sebab seperti memasukkan kata laluan salah berulang kali, tidak aktif lebih 6 bulan, atau aktiviti mencurigakan yang dikesan oleh pihak bank. Semua ini adalah langkah keselamatan untuk melindungi akaun Anda daripada kecurian atau penipuan. Jangan risau! Dalam artikel ini kami akan tunjukkan cara lengkap untuk aktifkan semula akses Allianceonline Anda dengan mudah dan cepat.
Aktifkan Semula Akses Allianceonline
Pertama sekali, Anda perlu tahu yang ada beberapa cara untuk mengaktifkan semula akaun allianceonline Anda.
Antaranya adalah menggunakan kad ATM/debit, kad kredit, atau ID sementara.
1. Reactivate Allianceonline Guna ATM/Debit
Jika Anda memilih untuk menggunakan kad ATM/debit, sila ikuti step berikut:
- Pertama-tama Anda kena pastikan bahawa kad Anda tu masih aktif dan ada dalam keadaan yang baik.
- Kemudian, Anda boleh buka laman https://www.allianceonline.com.my
- Lepas tu pilih Reactivate allianceonline Access di menu utama.
- Kemudian, Anda perlu pilih Reactivate your allianceonline access using ATM/Debit Card.
- Masukkan nombor kad dan PIN Anda. Klik Submit.
- Lepas tu ikuti sahaja arahan yang diberikan untuk mengaktifkan semula akaun Anda.
2. Reactivate Allianceonline Guna Credit Cards
Bagi Anda yang lebih suka menggunakan kad kredit untuk aktifkan semula acc Allianceonline, Anda boleh ikuti step berikut:
- Pastikan bahawa kad kredit Anda tu masih aktif.
- Lepas tu, Anda taip https://www.allianceonline.com.my di search bar Google Chrome/Edge/Mozilla Firefox.
- Klik pautan Reactivate allianceonline Access.
- Sila pilih Reactivate your allianceonline access using Credit Cards.
- Masukkan nombor kad kredit, Credit Limit (RM), Nombor IC/Passport/Military. Klik Submit
- Ikuti arahan seterusnya untuk mengaktifkan semula akaun Anda.
3. Reactivate Allianceonline Guna Temporary ID (ID Sementara)
Di bawah ni adalah langkah-langkah untuk aktifkan semua akses Allianceonline Anda menggunakan Temporary ID.
- Sila dapatkan Temporary ID di cawangan Alliance Bank yang berdekatan.
- Seterusnya taipkan alamat berikut https://www.allianceonline.com.my di search bar Google Chrome/Edge/Mozilla Firefox.
- Klik link Reactivate allianceonline Access.
- Disini Anda kena pilih Reactivate your allianceonline access using Temporary ID.
- Masukkan nombor Temporary ID dan Nombor IC/Passport/Military. Klik Submit
- Di paparan ni Anda kena ikuti arahan seterusnya untuk aktifkan semula Allianceonline Anda.
Bagi Anda yang baru sahaja mula menggunakan perkhidmatan allianceonline atau berjaya aktifkan semula Allianceonline Anda, pastikan Anda simpan maklumat akses tu dengan baik dan selamat.
Kalau-kalau nanti Anda terlupa password atau maklumat akses Anda, Anda masih boleh gunakan salah satu daripada cara yang kami kongsikan tadi untuk mengaktifkan semula akaun Anda.
Secara kesimpulannya, mengaktifkan semula akaun allianceonline Anda tu sebenarnya sangat mudah dan tidak perlu risau sangat. Kalau nak update no HP Alliance Bank, Anda boleh ikuti step dalam artikel cara tukar no telefon Alliance Bank.
Ok lah, sekian sahaja artikel kami kali ni. Semoga Anda faham dan terus gunakan perkhidmatan online ni dengan bijak dan selamat.

