Jadual Bayaran Balik Pinjaman Peribadi Bank Islam 2025 (Terkini)
Pinjaman peribadi sering menjadi jalan penyelesaian terbaik bagi mereka yang memerlukan dana segera untuk pelbagai keperluan sama ada pembelian rumah, kereta, pendidikan, atau kecemasan kewangan. Berbanding menunggu simpanan mencukupi, pinjaman bank menawarkan akses pantas kepada dana.
Bank Islam merupakan salah satu institusi kewangan patuh Syariah yang menawarkan pelbagai jenis pinjaman peribadi dengan kadar keuntungan kompetitif dan proses permohonan yang mudah. Sebelum memohon, adalah penting untuk memahami jadual bayaran balik pinjaman Bank Islam 2025 agar dapat merancang kewangan anda dengan lebih bijak.
Faedah Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam
Salah satu manfaat utama memilih pinjaman peribadi dari Bank Islam adalah kefahaman syariah yang diterapkan dalam setiap produk kewangan.
Pinjaman Bank Islam mengutamakan prinsip-prinsip agama dalam urusan kewangan.
Bank Islam juga dikenali dengan proses permohonan yang mudah dan pantas, serta kelulusan yang cepat berbanding beberapa institusi lain.
- Jumlah amaun pembiayaan minimum sebanyak RM 10,000 dan maksimum sebanyak RM 200,000 atau lebih sekiranya dijamin dengan cagaran. Jumlah pembiayaan akhir yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian kredit Bank.
- Tempoh dari 1 tahun (12 bulan) sehingga 10 tahun (120 bulan).
- Anda boleh memilih salah satu dari dua jenis kadar: Kadar Tetap atau Kadar Terapung.
- Kadar Tetap : 1-10 tahun – dari 4.20% hingga 8.00% setahun.
- Kadar Terapung :
1-3 tahun – Kadar Asas (KA) + 2.05%% setahun atau Kadar Asas (KA).
4-10 tahun – Kadar Asas (KA) + 3.15% setahun atau Kadar Asas (KA). - Kadar keuntungan efektif dari 5.70% hingga 13.12% bergantung kepada tempoh pembiayaan.
Selain itu, pelan pembayaran yang fleksibel membolehkan peminjam membuat pelan pembayaran bulanan yang tidak memberatkan kewangan.
Tetntu sahaja pinjaman ini boleh membantu mengelakkan daripada terjerumus ke dalam kesukaran kewangan akibat pembayaran bulanan yang terlalu tinggi.
Tambahan pula, pinjaman peribadi Bank Islam biasanya datang dengan kadar faedah yang kompetitif, memberikan nilai yang baik kepada pelanggan.
Jadual Pinjaman Peribadi Bank Islam
Anda adalah diwajibkan untuk membayar ansuran bulanan sehingga pembiayaan selesai.
Sekiranya tempoh pembiayaan dianjakkan melangkaui umur persaraan, Anda masih lagi diwajibkan untuk membayar ansuran bulanan.
Walaubagaimanapun, Anda boleh memilih untuk membuat penyelesaian penuh pembiayaan pada bila-bila masa.
Jadual Ansuran Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam – Package and Program (Floating Rate)

*Kadar Asas (KA) semasa adalah 3.77% setahun
- 1-3 tahun = KA +2.38%
- 4-10 tahun = KA +3.02%
Jadual Ansuran Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam – Package and Program (Fixed Rate)

- 1-3 tahun = 4.20%
- 4-10 tahun = 4.35%
Jadual Ansuran Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam – Bukan Pakej

- 1-3 tahun = 4.50%
- 4-8 tahun = 4.90%
- 9-10 tahun = 5.50%
Sila tengok juga jadual pinjaman peribadi Maybank sebagai perbandingan
Kemudahan lengkap, sebagai pelanggan di Bank Islam sangat menguntungkan, terdapat banyak kemudahan yang akan Anda dapatkan kemudian.
Anda boleh melihat sendiri, berapa banyak atm Bank Islam di kawasan Anda.
Bank Islam juga menyediakan perbankan internet dengan keselamatan maksimum, jadi selain melakukan transaksi lebih mudah, anda juga tidak perlu risau tentang keselamatan.