Cara Dapatkan Penyata Affin Bank

Cara Dapatkan & Print Penyata Affin Bank Online Melalui Internet Banking

Sekarang anda boleh dapatkan dan print penyata Affin Bank secara online tanpa perlu ke cawangan, hanya melalui perkhidmatan Affin Bank internet banking. Ini merupakan cara yang mudah, pantas dan menjimatkan masa untuk akses penyata kewangan anda bila-bila masa.

Dengan internet banking Affin Bank, anda bukan sahaja boleh menyemak baki akaun, malah boleh mencetak penyata bank, membuat pindahan wang, tambah nilai prabayar dan banyak lagi.

Penyata bank Affin memaparkan maklumat transaksi, baki permulaan dan akhir, aliran keluar masuk wang (debit & kredit), kadar faedah bank serta caj perkhidmatan – semuanya dengan butiran lengkap dan tarikh transaksi.

Syarat Print Bank Statement Online

Anda boleh melihat penyata Anda dalam talian untuk akaun berikut:

  • Akaun Simpanan (tidak tersedia untuk Akaun Simpanan Passbook)
  • Akaun Semasa
  • Kad kredit
  • Pinjaman

Sekiranya syarat telah dipenuhi, langkah seterusnya adalah cetak penyata bank secara online melalui AffinAlways.

Cara Print Penyata Affin Bank Online

Bagi Anda yang sudah mempunyai akaun Affin Online sila guna cara dibawah ini untuk dapatkan penyata bank secara online.

  1. Log masuk https://www.affinalways.com
  2. Pilih menu Services > e-Statement > Download e-Statement
  3. Pilih akaun seterusnya klik Download
  4. Pilih Statement Date lalu klik Download
  5. Anda kemudian boleh mencetak penyataan yang Anda mahu muat turun

Jika Anda belum mempunyai akaun Affin Online, sila baca panduan cara daftar Affin Bank online.

Cara Dapatkan Penyata Affin Bank Corporate AFFINMAX

Penyata bank ini khas untuk pemilik akaun corporate, sila ikuti langkah dibawah:

  1. Login https://corporate.affinmax.com
  2. Pilih menu Portfolio
  3. Pilih Account Statement > Bank Statement
  4. Pilih jenis produk (CACO / FCA)
  5. Pilih Account No
  6. Klik Search untuk menyenaraikan penyataan yang tersedia
  7. Centang/tick √ kotak pernyataan yang ingin dimuat turun
  8. Klik butang Download untuk memuat turun File Repository
  9. Sistem akan memaparkan mesej yang memberitahu pengguna bahawa fail telah berjaya dikirim ke File Repository
  10. Klik butang Home untuk melihat fail di File Repository
  11. Anda perlu beri tanda √ pada fail yang dimaksudkan untuk dimuat turun
  12. Klik Download untuk memuat turun

Itulah cara print penyata Affin Bank secara online, semoga perkongsian diatas boleh bermanfaat untuk Anda.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *