Cara Tukar Nombor Telefon Bank Muamalat Online untuk TAC i-Muamalat (2025)
Kemaskini nombor telefon Bank Muamalat amat penting untuk memastikan setiap transaksi melalui i-Muamalat (internet banking Bank Muamalat) dapat dijalankan dengan lancar, terutamanya bagi mendapatkan TAC (Transaction Authorisation Code).
Jika anda merupakan pengguna Bank Muamalat dan ingin tahu cara tukar nombor telefon untuk menerima TAC secara online, artikel ini akan kongsikan langkah-langkah mudah yang perlu diikuti.
Dengan kemudahan i-Muamalat, anda boleh semak baki akaun, bayar bil, buat pindahan wang dan banyak lagi secara online – tetapi semuanya memerlukan nombor telefon yang aktif untuk pengesahan TAC.
Apa itu TAC
TAC adalah merupakan Transaction Activation Code ialah kod yang biasanya dihantar melalui SMS, ini adalah langkah keselamatan dalam mengukuhkan pengesahan semasa membuat transaksi.
Pada masa ini, TAC turut diterapkan dalam setiap sistem perbankan dalam talian bagi mengelakkan pelbagai jenayah dan perbuatan jenayah yang merugikan pelanggan.
Penukaran No Telefon Bank Muamalat
Kemaskini nomor mestilah segera dilakukan apabila no telefon Anda hilang, disekat atau telefon bimbit dicuri. Sebelum buat pengemaskinian no handphone sila perhatikan perkara berikut:
- Anda mestilah mendaftar no telefon Anda sahaja untuk tujuan TAC
- Jangan mendaftarkan no telefon orang lain
- TAC diperlukan untuk setiap transaksi online banking Bank Muamalat
- Pastikan no telefon yang didaftarkan untuk TAC aktif
Kemaskini Nombor Telefon Bank Muamalat di Cawangan
Pada masa ini permohonan kemaskini maklumat peribadi termasuk nombor telefon perlu dilakukan di kaunter cawangan Bank Muamalat untuk urusan tersebut.
- Kunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat
- Sila membawa kad ATM dan kad pengenalan Anda
- Ambil nombor giliran dan tunggu no giliran dipanggil
- Beritahu pegawai bank bahawa Anda ingin tukar nombor telefon lama dengan yang baru
- Tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon
Sekiranya Anda tak dapat TAC setelah pertukaran no telefon di cawangan, sila hubungi customer care line Bank Muamalat di +60326005500 untuk semakan lanjut.
Anda dinasihatkan untuk datang ke cawangan pada hari bekerja dan waktu operasi Bank Muamalat.
Cawangan Bank Muamalat beroperasi dari 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari (Isnin – Khamis) dan 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari (Jumaat) sepanjang tempoh PKP.
Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat Online
Anda boleh gunakan perkhidmatan i-muamalat untuk kemaskini nombor telefon, berikut langkah-langkahnya.
- Layari https://www.i-muamalat.com.my
- Masukkan Username dan Password Anda
- Pilih Other Service
- Pilih My Data
- Pilih Update Mobile Number
- Masukkan no telefon Anda
- Selepas kemaskini nombor telefon Anda dikehendaki menghubungi talian perkhdimatan pelanggan 03-26005500 untuk pengaktifan.
Soalan Lazim
Berikut soalan lazim yang sering ditanyakan.
1. Kalau mahu tukar no telefon perlu buat temujanji ke?
Untuk makluman, permohonan kemaskini maklumat peribadi termasuk no telefon perlu dilakukan di kaunter cawangan Bank Muamalat berdekatan dan tiada temujanji Bank Muamalat diperlukan bagi urusan tersebut.
2. Berapa kos untuk pertukaran no telefon?
Tiada kos, percuma.
