Cara Guna Aplikasi PBe Engage Login Public Bank Online 2025 (Langkah Mudah)
Mobile banking ialah kemudahan perbankan atas talian yang membolehkan pelanggan melakukan pelbagai urusan seperti semakan baki, pemindahan wang, dan pembayaran bil tanpa perlu ke cawangan bank. Salah satu bank utama yang menawarkan perkhidmatan ini ialah Public Bank melalui aplikasi PBe Engage.
Namun, masih ramai pelanggan yang tidak tahu cara login dan menggunakan aplikasi PBe Engage Public Bank dengan betul. Dalam panduan ini, kami akan terangkan langkah demi langkah cara guna PBe Engage supaya anda boleh mula menggunakan perbankan mudah alih dengan lebih selesa dan selamat.
PBe Engage
Aplikasi PBe Engage boleh dimuat turun dengan mudah dan percuma melalui Play Store atau App Store. Dalam aplikasi PBe Engage, pelanggan Public Bank akan diberi akses untuk membuat pindahan ke akaun Public Bank atau ke akaun bank lain.
Semua pelanggan individu Public Bank baharu dan sedia ada yang berdaftar dengan PBe boleh menggunakan PB engage MY.
Dengan aplikasi ini, pelanggan juga boleh membuat pelbagai transaksi seperti topup, bayar bil, check baki, sejarah transaksi dan banyak lagi.
Untuk menggunakan aplikasi PBe Engage, pelanggan mesti mendaftar dan mengaktifkannya terlebih dahulu. Pastikan juga Anda sudah mempunyai akaun Public Bank sebelum mengaktifkan atau mendaftar, agar proses pendaftaran menjadi lebih mudah. Sila baca artikel cara daftar Public Bank online.
Bagi memudahkan pelanggan, Public Bank membolehkan pelanggan membuat pengaktifan PBe Engage secara online. Jadi Anda tidak perlu bersusah payah datang ke bank.
Ciri Aplikasi PBe Engage
PB engage MY menyediakan antara muka pengguna yang menyegarkan dan ciri baharu berikut untuk memudahkan pengalaman perbankan Anda:
- Quick Access / Check Balance.
- Ciri pindahan atau pembayaran terus daripada halaman baki akaun Anda.
- Urus niaga bertarikh masa hadapan.
- Pembayaran QR DuitNow.
- Kongsi resit transaksi melalui aplikasi messenger dan e-mel.
- Transaksi disahkan dengan token SecureSign.
- Dan banyak lagi.
Cara Aktifkan App PB engage MY
Di bawah ini merupakan langkah cara aktifkan aplikasi PBe Engage.

- Lancarkan PB engage MY apabila berjaya dimuat turun dari App Store atau Google Play.
- Masukkan ID Pengguna PBe Anda.
- Sahkan Personal Login Phrase (PLP) Anda.
- Masukkan kata laluan PBe Anda.
- Daftar Soalan Cabaran PBe (untuk pengguna PBe baharu sahaja).
- Pilih akaun pendebitan pilihan Anda.
- Aktifkan Quick Access / Quick Balance.
- Daftarkan peranti Anda dan sahkan pengaktifan Anda dengan memasukkan PBe Authentication Code (PAC) atau kod SecureSign.
- Aktifkan PB SecureSign.
- Setelah selesai, Anda akan dapat mengakses akaun Anda.
Sekiranya Anda kehilangan HP Anda. Sila Log masuk ke PB engage MY dari peranti mudah alih yang lain. Pada Settings, ketik pada Device Management dan padamkan peranti yang hilang. Sebagai alternatif, hubungi Sokongan Pengguna PBe di 603-2179 9999 untuk mendapatkan bantuan.
