Cara Tukar Kad ATM Maybank

Cara Tukar Kad ATM Maybank Hilang, Rosak atau Tamat Tempoh (Online & Cawangan)

Nak tahu cara tukar kad ATM Maybank yang hilang, rosak, tamat tempoh, atau nak tukar kepada kad baru? Penukaran kad ATM atau kad debit Maybank boleh dibuat dengan mudah secara online atau di cawangan Maybank terdekat. Tapi sebelum itu, penting untuk tahu bahawa jika kad anda hilang, dicuri, atau lupa nombor PIN, anda perlu buat laporan dan pengesahan keselamatan terlebih dahulu sebelum boleh dapatkan kad gantian.

Dalam panduan ini, kami kongsikan langkah-langkah lengkap tukar kad ATM Maybank, termasuk melalui Maybank2u (online), mesin kiosk, dan juga kaunter cawangan, serta cara mengaktifkan kad baharu supaya anda boleh terus guna untuk transaksi seperti biasa.

Syarat Tukar Kad ATM Maybank

Ingin tukar kad ATM Maybank tapi takut nak keluar rumah? Boleh je Anda dapat tukar kad ATM Maybank Anda dengan syarat kad nak tukar tersebut bukan kad hilang atau lupa no PIN.

Jadi cara ini Anda boleh pakai jika Anda telah mempunyai akaun Maybank2u.

Tidak mempunyai akaun Maybank2u? Jom baca artikel cara daftar Maybank2u.

Cara Tukar Kad ATM Maybank Online

Jika Anda sudah mempunyai akaun Maybank2u, boleh ikuti panduan di bawah:

  1. Log masuk Maybank2u
  2. Pergi ke bahagian Settings
  3. Pilih Cards

Pilih Debit Cards dan klik Replace Card (Bahagian Activate akan digunakan bila anda terima kad baru nanti.)

Masukkan alamat penuh Anda, isi alamat Anda untuk penghantaran Card, poskod alamat berserta negeri Anda. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.

  1. Klik Request TAC dan masukkannya di ruang disediakan untuk sahkan penukaran kad tersebut
  2. Kad baharu anda akan dihantar dalam tempoh 3 – 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Cara Tukar Kad ATM Maybank di Cawangan

Macam mana cara tukar kad ATM di cawangan Maybank? Sila ikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank berhampiran.
  2. Sila bawa kad pengenalan dan kad ATM debit lama serta duit RM12.
  3. Ambil nombor giliran.
  4. Tunggu nombor giliran di panggil.
  5. Jika nombor giliaran Anda telah di panggil, sila bagitahu pegawai bank bahawa Anda ingin tukar kad ATM lama dengan yang baru.
  6. Isikan borang yang diberikan oleh pegawai bank.
  7. Tunggu 5 minit, kad ATM Maybank baru dah siap.

Macam mana jika kad Maybank hilang, sila baca artikel kad Maybank hilang dan panduan cara dapatkan kad baru.

Cara Tukar Kad ATM Maybank di KIOSK

  1. Pergi ke mana-mana bank Maybank yang mempunyai Express Debit Card Replacement Kiosk
  2. Masukkan kad ATM lama dan nombor PIN Anda.

Pilih jenis kad baru yang Anda perlukan.

  1. Masukkan MyKad Anda. Kemudian, imbas ibu jari Anda.
  2. Dalam 5 detik, kad ATM baru dah siap.

Dimana sahaja Express Debit Card Replacement Kiosk tersedia?

  • KL Main
  • Shah Alam
  • KLCC
  • TTDI KL
  • Jalan 222
  • Jalan Gombak
  • Setia Alam
  • Kajang
  • Pandan Indah
  • Klang
  • Bandar Baru Bangi
  • USJ
  • Puchong Jaya

Cara Aktifkan Kad Baru Maybank

Sekiranya kad Maybank baru Anda telah sampai, Anda mesti mengaktifkan sendiri kad tersebut melalui ATM atau secara online.

Kad debit yang Anda terima (kad baru) mestilah diaktifkan dalam tempoh 90 hari selepas Anda terima. Jika tak berjaya, Anda perlulah membuat permohonan kad baru semula dan caj pertukaran RM 12 akan dikenakan.

Macam mana dengan PIN, adakah PIN perlu dikemaskini? PIN masih menggunakan yang sedia ada dan tidak perlu kemaskini/tetapkan yang baru. Sekiranya Anda mahukan menukar PIN lama dengan yang baru, Anda boleh melakukannya di mesin ATM Maybank.

Aktifkan Kad Debit Maybank di ATM

Macam mana cara aktifkan kad Maybank di ATM? Sila ikuti langkah di bawah:

  1. Pergi ke mana-mana ATM Maybank berhampiran.
  2. Masukkan kad ATM
  3. Pilih Bahasa
  4. Masukkan No PIN ATM Anda
  5. Tekan Transaksi Lain
  6. Tekan Perkhidmatan Lain
  7. Tekan skrin berikutnya
  8. Tekan Pengaktifan Kad
  9. Selesai.

Aktifkan Kad Debit Maybank Secara Online

Bagaimana cara aktifkan kad Maybank secara online? Sila ikuti langkah di bawah:

  1. Log masuk laman web Maybank2U
  2. Klik Settings
  3. Klik Cards
  4. Klik Manage Debit Cards
  5. Klik Activate
  6. Selesai

Itulah langkah-langkah cara menukar kad ATM Maybank, semoga perkongsian diatas bermanfaat.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *