Cara Aktifkan Semula Maybank2u

Cara Aktifkan Semula Maybank2u & Akaun Dorman 2025 (Panduan Lengkap)

Tidak boleh log masuk ke akaun Maybank2u (M2U) anda? Salah satu sebab utama ialah akaun anda telah menjadi akaun dorman – iaitu akaun yang tidak aktif disebabkan tiada sebarang transaksi selama tempoh tertentu. Untuk akaun simpanan, status dorman diberikan jika tiada transaksi selama 12 bulan berturut-turut, manakala akaun semasa dengan baki kredit dianggap dorman selepas setahun tanpa transaksi, dan akaun overdraf selepas 3 bulan tanpa aktiviti.

Sekiranya akaun anda dorman, pihak Maybank akan menghantar notis rasmi ke alamat surat-menyurat anda. Jika tiada tindakan diambil dalam masa 3 bulan, akaun mungkin akan ditutup dan baki diserap sebagai yuran perkhidmatan. Untuk elakkan ini, penting untuk tahu cara aktifkan semula akaun Maybank2u anda dengan segera.

Cara Aktifkan Semula Maybank2u

Adakah cara yang dapat saya lakukan untuk mengelakan status akaun Dorman?

Cara yang paling mudah untuk memastikan bahawa terdapat beberapa transaksi yang dibuat dalam akaun Anda, iaitu Anda harus membuat transaksi pengeluaran atau deposit wang di kaunter, walaupun dalam jumlah yang kecil, contoh RM30.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengaktifkan akaun dorman:

  • Anda sebagai pemegang akaun hadir sendiri di mana-mana cawangan bersama dokumen pengenalan diri yang sah dan memohon untuk mengaktifkan akaun dorman. Sila bawa kad pengenakan/pasport, kad ATM dan buku simpanan.
  • Anda sebagai pemegang akaun harus melakukan transaksi pengeluaran wang tunai di kaunter.
  • Anda sebagai pemegang akaun menghantar surat atau memulangkan Notis yang dihantar oleh bank memohon untuk mengaktifkan semula akaun dormant tersebut. Tandatangan pemegang akaun pada surat/notis mestilah selaras dengan rekod tandatangan dalam simpanan Bank.
  • Pihak ketiga menyediakan surat pengesahan daripada pemegang akaun yang memberi kuasa kepada pihak ketiga untuk membuat deposit ke dalam akaun. Tandatangan pemegang akaun pada surat pengesahan tersebut mestilah selaras dengan rekod tandatangan dalam simpanan Bank.

Facebook

Sila cuba aktifkan semula m2u internet banking Anda melalui Facebook Maybank.

Berikut langkah-langkah cara mengaktifkan semula Maybank2u:

  1. Sila log masuk akaun Facebook Anda.
  2. Cari Facebook Maybank Malaysia atau buka pautan https://web.facebook.com/Maybank
  3. Sila hantar mesej atau PM (Private Message), bagitau maksud Anda bahawa Anda ingin aktifkan semual akaun Maybank2u.
  4. Seterusnya pihak bank akan tanya problem Anda secara detail dan akan meminta detail informasi Nama Penuh, IC no dan nombor telefon.
  5. Selepas itu, staff Maybank akan menghubungi Anda dan informasi detail lagi nama penuh, IC no, nombor telefon, no Account dan 16 digit nombor kad ATM Anda.
  6. Pihak bank akan suruh Anda untuk log masuk di sistem Maybank2u untuk memastikan akaun M2U Anda telah aktif.

Telefon Maybank

Cara lain untuk mengaktifkan kembali akaun Maybank2u Anda boleh menggunakan sambungan telefon di talian 1-300 88 6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (Overseas).

Sila bagitau maksud Anda kepada pegawai bank, bahawa Anda ingin mengaktifkan semula akaun M2u Anda.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai kad maybank hilang, akaun dorman, wang tidak dituntut dan akaun tamat tempoh. Sila hubungi customer service Maybank di talian 1300 886688, pegawai bank akan sedia membantu Anda menyelesaikan masalah.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *