CARA TUKAR LIMIT TRANSFER PUBLIC BANK MELALUI PBe ONLINE BANKING & ATM
Adakah Anda tahu berapa had maksimum dan minimum pemindahan wang Public Bank yang dibenarkan melalui ATM, mobile banking atau PBe online banking? Ramai pelanggan tidak menyedari had ini kerana kebiasaannya mereka melakukan transaksi di bawah jumlah yang ditetapkan — jadi tiada masalah timbul.
Sebenarnya, Public Bank membenarkan peningkatan had transfer harian sehingga RM50,000, bergantung kepada jenis akaun dan saluran transaksi. Yang menariknya, Anda boleh tukar limit transfer Public Bank secara online dengan mudah melalui portal pbebank.com (PBe Online Banking), tanpa perlu ke kaunter bank.
Dalam panduan ini, kami akan kongsikan langkah demi langkah cara menukar limit transfer Public Bank, supaya Anda dapat menguruskan transaksi lebih besar dengan selamat dan cepat, sama ada untuk urusan peribadi atau perniagaan.
Limit Transfer Public Bank
Limit transfer yang dibenarkan oleh Public Bank:
- Had Pemindahan dana harian boleh dinaikkan melebih RM20,000.00 kepada maksimum RM50,000.00
- Had transaksi tunggal adalah sehingga RM30,000.00 untuk peniaga bukan MSL.
- Had transaksi tunggal adalah sehingga RM1,000,000.00 untuk peniaga bukan MSL.
- Had bayaran harian untuk Public Mutual Berhad dan Public Investment Bank Berhad ialah RM10,000,000.00 sehari.
To PBB Accounts
| Fund Transfer | PBe Personal Banking (Individual/Joint/Sole Proprietor) | PBe Business Banking |
|---|---|---|
| To own account | Unlimited | Unlimited |
| To other accounts | RM20,000.00 (with PAC)1 RM50,000.00 (with SecureSign)2 | RM500,000.00 |
To Other Bank Accounts
| Fund Transfer | PBe Personal Banking (Individual/Joint/Sole Proprietor) | PBe Business Banking |
|---|---|---|
| Interbank GIRO (IBG) | RM20,000.00 (with PAC)1 RM50,000.00 (with SecureSign)2 | RM500,000.00 |
| DuitNow Transfer (via Account Number) | RM20,000.00 (with PAC)1 RM50,000.00 (with SecureSign)2 | RM100,000.00 |
| DuitNow Transfer (via Mobile Number, NRIC / Army / Police ID, Passport Number, Business Registration Number) | RM20,000.00 (with PAC)1 RM50,000.00 (with SecureSign)2 | RM100,000.00 per transaction per day |
| DuitNow QR | RM20,000.00 (with PAC)1 RM50,000.00 (with SecureSign)2 | – |
| RENTAS | With PAC : Minimum RM10,000.00 With PAC : Maximum RM20,000.00 per day1 | Minimum RM10,000.00 Maximum RM500,000.00 per day |
| RENTAS | With SecureSign Token : Minimum : RM10,000.00 Maximum : RM50,000.00 (with SecureSign)2 | Minimum RM10,000.00 Maximum RM500,000.00 per day |
Other Limit
| Fund Transfer | PBe Personal Banking (Individual/Joint/Sole Proprietor) | PBe Business Banking |
|---|---|---|
| Western Union | RM10,000.00 | – |
| Telegraphic Transfer | RM20,000.00 (with PAC)1 RM50,000.00 (with SecureSign)2 | – |
| Prepaid Top up | RM300.00 | RM300.00 |
| FPX B2C3 | RM100,000.00 | – |
| FPX B2B4 | – | RM5,000,000.00 |
| Bill Payment | RM100,000.005 | No limit |
| Statutory Payment | – | No limit |
| PB Visa Direct | Minimum RM300.00 Maximum RM8,000.00 | No limit |
Cara Tukar Limit Transfer Public Bank
Sila ikuti langkah-langkah cara tukar limit transfer Public Bank melalui online banking PBe berikut:
- Buka website Public Bank https://www.pbebank.com
- Klik Login > Pbe.
- Masukkan User ID akaun Anda.
- Klik Next.
- Sahkan Phrase Correct.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Selepas Anda login, klik Profil Maintenance.
- Kemudian, klik Change Daily Limit.
- Pilih Jenis Transaksi yang akan ditukar.
- Seterusnya, Ubah Current Limit.
- Klik Next.
- Masukkan kod PAC yang dihantar ke nombor handphone Anda yang berdaftar.
- Klik Confirm.
- Selesai.
Baca juga cara tukar no telefon Public Bank
Jika Anda ingin memindahkan wang dengan jumalah yang besar, adalah disyorkan untuk menggunakan internet banking, kerana ia mempunyai had terbesar setiap hari. Namun, jika tidak mencukupi, Anda boleh pergi ke juruwang/kaunter untuk meminta pemindahan, kerana di juruwang tiada had.
Itulah maklumat yang dapat kami kongsikan semoga perkongsian di atas dapat membantu dan bermanfaat untuk Anda.
