Terlupa Username dan Password myBSN? Ini Cara Selesaikan Masalah Anda
Ramai pengguna menghadapi masalah terlupa username dan password BSN Online semasa cuba log masuk ke akaun myBSN. Jika anda sedang mengalami situasi ini, jangan risau—kami sediakan panduan lengkap langkah demi langkah untuk membantu anda pulihkan ID dan kata laluan dengan mudah.
Dengan arahan yang jelas dan tips berguna, anda boleh selesaikan isu login ini dengan lebih yakin, cepat, dan tanpa tekanan.

- Lupa Username BSN Online
- Lupa Kata Laluan BSN Online
- Tips Reset Password dan Username BSN
Lupa Username BSN Online
Bagi yang terlupa ID BSN online, tak payah panic. Ikut langkah-langkah ni:
- Pastikan Anda ada maklumat kad bank Anda.
- Call pusat panggilan BSN kat talian 1300 88 1900.
- Bagitau pegawai customer service yang Anda terlupa ID/username BSN online.
- Pegawai bank akan minta maklumat nombor kad bank dan nombor kad pengenalan untuk confirm.
- Lepas confirm, pegawai bank akan bagitau username Anda.
Lepas ni, Anda akan dapat maklumat username BSN online myBSN.
Lupa Kata Laluan BSN Online
Kalau Anda lupa kata laluan untuk masuk akaun BSN online Anda, jangan risau. Ikut je langkah-langkah ni:
- Buka laman web rasmi BSN kat https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do.
- Tekan butang “FORGOT PASSWORD”.
- Isi maklumat yang dia minta, macam ID Anda, nombor kad kredit/debit, CVV2, tarikh tamat kad, dan nombor kad pengenalan.
- Tekan butang “SUBMIT”.
- Anda akan masuk ke skrin baru. Di sini, masukkan kata laluan baru dalam kotak “New Password”. Pastikan kata laluan Anda ada huruf besar dan kecil.
- Masukkan semula kata laluan baru dalam kotak “Confirm New Password”.
- Tekan butang “Request OTP” dan nombor OTP akan hantar kat telefon Anda yang aktif.
- Key in OTP tu dan tekan butang “Submit”.
Dengan ikut langkah-langkah ni, Anda boleh reset kata laluan akaun BSN online myBSN Anda dengan senang.
Tips Reset Password dan Username BSN
Kami telah senaraikan beberapa soalan dan jawapan yang boleh membantu selesaikan masalah yang sama dengan Anda.
- Boleh Ke Gunakan ID Sebagai Kata Laluan? Untuk keselamatan, elakkan guna ID sebagai kata laluan. Always guna kombinasi huruf, angka, dan simbol untuk securekan akaun Anda.
- Ada Bayaran Tak Nak Gunakan myBSN? Takde bayaran langsung. myBSN adalah servis yang disediakan oleh BSN tanpa caj tambahan.
- Kalau Ada Masalah Nak Login, Apa Nak Buat? Call je pusat khidmat pelanggan BSN kat 1300-88-1900 atau +603-2613-1900 (luar negara) untuk tolong. Dorang ada 24 jam siap bantu.
- Apa Beza Password BSN Online dengan Password Kad BSN kat Bank? Password untuk BSN online lain dari nombor PIN untuk kad ATM. Pastikan Anda bezakan untuk securekan akaun Anda.
- Kenapa Takleh Tukar Password? Kalau jumpa masalah ni, call je pusat khidmat pelanggan BSN untuk bantuan.
- Kalau Tukar Nombor Telefon Tapi Masih Dapat OTP Kat Nombor Lama, Apa Buat? Pergi mana-mana cawangan BSN untuk update nombor telefon Anda. Atau cuba call customer service BSN untuk update secara online. Tapi, proses ni kena bagi maklumat cam nombor IC, alamat, nombor kad debit BSN, dan nombor telefon yang baru.
Dengan langkah-langkah dan tips tambahan ni, kami harap Anda boleh manage akaun BSN Online myBSN Anda dengan lancar.
Jangan lupa jaga maklumat peribadi dengan baik untuk elakkan masalah tak diingini.