Semak baki akaun BSN melalui kad pengenalan kini menjadi pilihan utama ramai kerana ianya mudah, cepat, dan tidak memerlukan anda ke kaunter bank.
Tahukah anda bahawa terdapat cara yang lebih pantas untuk menyemak baki akaun BSN tanpa perlu beratur atau menghubungi pihak bank melalui telefon?
Dengan kemajuan teknologi hari ini, semakan baki BSN boleh dilakukan secara online, pada bila-bila masa dan di mana sahaja — hanya dengan menggunakan nombor kad pengenalan anda.
Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa cara mudah untuk semak baki akaun BSN melalui kad pengenalan, termasuk semakan melalui SMS dan portal rasmi MyBSN.

- 1. Semak Baki Akaun BSN di Kaunter BSN
- 2. Semak Baki Melalui Panggilan Telefon
- 3. Semak Baki Akaun BSN Secara Online
- 4. Semak Baki Akaun BSN Guna SMS
- 5. Semak Baki Akaun BSN di Mesin ATM
1. Semak Baki Akaun BSN di Kaunter BSN
Jika Anda ingin mendapatkan maklumat mengenai baki akaun BSN secara langsung, Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau kaunter BSN berdekatan. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Hadir di kaunter BSN terdekat.
- Ambil nombor giliran di kaunter hadapan pintu masuk.
- Tunggu sehingga giliran Anda dipanggil.
- Nyatakan tujuan Anda untuk semak baki akaun BSN.
- Berikan kad pengenalan Anda jika diminta.
- Tunggu sehingga permintaan Anda diproses.
- Baki akaun BSN Anda akan dimaklumkan.
2. Semak Baki Melalui Panggilan Telefon
Anda juga boleh semak baki akaun BSN melalui panggilan telefon dengan menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan BSN. Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Dail 1300-88-1900 untuk menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan BSN.
- Perkenalkan diri dan nyatakan tujuan Anda.
- Berikan butiran diri seperti nombor kad pengenalan jika diminta.
- Tunggu sehingga permintaan Anda diproses.
- Baki akaun BSN Anda akan dimaklumkan.
3. Semak Baki Akaun BSN Secara Online
Bagi yang ingin semak baki akaun BSN secara online, Anda perlu mempunyai akaun BSN online terlebih dahulu. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web rasmi MyBSN.
- Masukkan Username dan Password Anda.
- Sahkan gambar Security Image Anda.
- Klik pada Account Overview dan Savings Account untuk semak baki akaun BSN Anda.
Sekiranya Anda tak ingat maklumat login myBSN atau BSN online, Anda boleh baca cara atasi lupa username dan password BSN online.
4. Semak Baki Akaun BSN Guna SMS
Anda juga boleh semak baki akaun BSN menggunakan SMS. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka ruangan SMS pada telefon Anda.
- Taip BAL<jarak>M-PIN dan hantarkan ke 36898.
- Tunggu SMS dari BSN yang mengandungi baki akaun Anda.
5. Semak Baki Akaun BSN di Mesin ATM
Terakhir, Anda boleh semak baki akaun BSN di mesin ATM. Ikuti langkah-langkah ini:
- Kunjungi mana-mana mesin ATM yang berdekatan.
- Masukkan kad ATM Anda dan tekan nombor PIN.
- Pilih bahagian PERTANYAAN dan tunggu sehingga baki akaun Anda dipaparkan.
Dengan pelbagai cara yang disediakan oleh BSN, semak baki akaun Anda menjadi lebih mudah dan senang.
Pilihlah kaedah yang paling sesuai dengan keperluan dan keselesaan Anda