Ramai peniaga hari ini berdepan cabaran untuk menerima bayaran daripada pelanggan yang semakin memilih kaedah tanpa tunai. Perubahan ini memaksa peniaga kecil dan sederhana untuk beralih kepada sistem pembayaran digital.

Namun begitu, ramai yang masih belum mula kerana menganggap prosesnya rumit dan sukar difahami.

Jika urusan bayaran lambat atau menyusahkan, pelanggan mungkin hilang minat dan tidak kembali ke kedai Anda.

Dengan penyelesaian BSN DuitNow QR, peniaga boleh menerima bayaran secara digital dengan lebih mudah dan pantas. Anda hanya perlu mendaftar melalui portal BSNeBiz, dan seterusnya menjana kod QR khas untuk perniagaan Anda.

qr-code-bsn
qr-code-bsn

Isi Kandungan

  • Cara Mendaftar DuitNow QR BSN untuk Perniagaan
  • Kelebihan DuitNow QR BSN
  • Cara Terima Pembayaran Melalui DuitNow QR
    • Kod QR Statik
    • Kod QR Dinamik

Cara Mendaftar DuitNow QR BSN untuk Perniagaan

Prosesnya pun senang dan tak makan banyak masa. Kami akan tunjukkan langkah-langkah cara daftar dan guna DuitNow QR BSN dalam artikel ni. Jom kita mula!

  1. Mula-mula, ‘Corporate Administrator’ kena log masuk kat laman BSNeBiz.
  2. Lepas berjaya log masuk, kat sebelah kiri menu Home’, klik kat ‘DuitNow QR Merchant Management’.
  3. Klik je butang ‘Create’ kat bawah skrin tu.
  4. Isikan butiran yang diperlukan, lepas tu klik butang ‘Next’.
  5. Sahkan butiran Anda kat halaman ‘Confirmation’, kemudian klik ‘Confirm’.
  6. Kod DuitNow QR perniagaan Anda akan dijana kat halaman ‘Acknowledgment’. Klik butang ‘Print QR Code’ untuk cetak kod tu.
  7. Anda boleh tampal Kod DuitNow QR tu kat standee BSN DuitNow QR supaya pelanggan boleh imbas dan buat pembayaran.

Dengan ikut langkah-langkah ni, Anda boleh manfaatkan kemudahan pembayaran tanpa tunai yang lebih cepat dan senang.

Kelebihan DuitNow QR BSN

BSN DuitNow QR ni memudahkan pemindahan dana tanpa tunai dan serta-merta dari mana-mana bank dan operator e-Wallet yang ambil bahagian dalam DuitNow QR.

Semua transaksi dijamin selamat dan direkodkan secara digital. Antara kelebihan guna DuitNow QR ni adalah:

  • Tak perlu risau bawa wang tunai. Semua transaksi selamat melalui sistem perbankan.
  • Setiap transaksi direkodkan digital, memudahkan Anda urus kewangan perniagaan.
  • Transaksi serta-merta, kurangkan masa menunggu dan percepatkan proses pembayaran.

Cara Terima Pembayaran Melalui DuitNow QR

Ada dua cara mudah untuk terima pembayaran melalui DuitNow QR:

Kod QR Statik

  1. Pelanggan imbas Kod QR dari standee DuitNow QR yang dipaparkan di kedai Anda atau Kod QR yang dijana dari aplikasi BSNeBiz dan dipaparkan kat peranti mudah alih Anda.
  2. Pelanggan masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar.
  3. Semak sejarah transaksi dari aplikasi BSNeBiz Anda untuk sahkan pembayaran dah diterima.

Kod QR Dinamik

  1. Lancarkan aplikasi BSNeBiz kat peranti mudah alih Anda dan klik ‘Receive’ untuk paparkan DuitNow QR.
  2. Masukkan jumlah yang perlu diterima dari pelanggan.
  3. Pelanggan imbas DuitNow QR dari peranti mudah alih Anda.
  4. Semak sejarah transaksi dari aplikasi BSNeBiz Anda untuk sahkan pembayaran dah diterima.

DuitNow QR dari BSN ni memang alat yang sangat berguna untuk peniaga dalam urus pembayaran tanpa tunai.

Dengan ikut panduan kat atas, Anda boleh dengan mudah daftar dan guna DuitNow QR untuk perniagaan Anda.

Ini bukan je mudahkan urusan harian tapi juga tingkatkan efisiensi dan keselamatan transaksi kewangan Anda. Daftar sekarang dan nikmati kemudahan yang ditawarkan oleh BSN DuitNow QR!