Ramai yang masih keliru tentang cara masukkan duit ke dalam akaun BSN sendiri atau orang lain, terutamanya bagi mereka yang kurang biasa dengan urusan perbankan atau teknologi.
Tanpa panduan yang betul, proses ini boleh jadi menyusahkan — termasuk risiko beratur lama di kaunter atau tersilap isi maklumat semasa guna mesin deposit.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan panduan lengkap dan mudah difahami. Dari cara bank in duit di kaunter, penggunaan mesin Cash Deposit (CDM), hinggalah pemindahan wang melalui perbankan online myBSN — semuanya akan diterangkan langkah demi langkah.
Jom kita mula dengan panduan mengikut kaedah pilihan anda.

- Masukkan Duit di Kaunter
- Mesin Cash Deposit (CDM)
- Bank in Melalui Cek
- Transfer Guna myBSN
Masukkan Duit di Kaunter
- Langkah pertama, datang je ke mana-mana cawangan BSN yang paling dekat dengan Anda.
- Di kaunter, ambil borang deposit dan isi maklumat yang diperlukan. Jangan lupa tulis nombor akaun dan jumlah duit yang Anda nak masukkan.
- Lepas dah isi borang, bagi borang tu sekali dengan duit Anda kat pegawai bank di kaunter.
- Pegawai bank akan bagi resit sebagai bukti transaksi. Simpan resit ni untuk rujukan kalau-kalau perlu nanti.
Mesin Cash Deposit (CDM)
- Anda boleh jumpa mesin CDM ni kat cawangan BSN atau tempat-tempat lain yang ada kemudahan ni.
- Mula-mula masukkan kad ATM Anda dalam mesin CDM dan masukkan nombor PIN.
- Pada skrin, pilih opsyen untuk deposit tunai.
- Masukkan duit tunai dalam mesin. Pastikan duit tu tak renyuk atau koyak.
- Pilih nak masukkan duit ke akaun sendiri atau akaun orang lain. Kalau ke akaun orang lain, masukkan nombor akaun penerima.
- Semak maklumat transaksi dan sahkan. Mesin akan keluarkan resit sebagai bukti deposit.
Bank in Melalui Cek
- Pastikan cek diisi dengan maklumat yang tepat – nama penerima, jumlah duit, dan tandatangan.
- Ambil borang deposit cek di kaunter BSN dan isi maklumat yang diperlukan.
- Bagi cek bersama borang deposit kepada pegawai bank di kaunter.
- Pegawai bank akan bagi resit sebagai bukti transaksi. Simpan resit ni untuk rujukan.
Transfer Guna myBSN
- Buka laman web myBSN dan log masuk dengan ID pengguna dan kata laluan Anda.
- Klik menu pemindahan wang yang ada kat laman utama.
- Pilih nak pindahkan duit ke akaun sendiri atau akaun orang lain. Kalau ke akaun orang lain, masukkan maklumat penerima seperti nombor akaun dan nama.
- Masukkan jumlah duit yang Anda nak pindahkan.
- Semak semua maklumat dan sahkan transaksi. Anda akan terima notifikasi sebagai bukti pemindahan.
Masukkan duit dalam akaun BSN, sama ada untuk diri sendiri atau orang lain, memang senang. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan jangan lupa simpan resit sebagai bukti transaksi.