Lupa No Akaun Public Bank

Lupa No Akaun Public Bank? Ini Cara Semak Nombor Akaun Secara Online & Offline (2025)

Lupa nombor akaun Public Bank? Jangan risau, masalah ini sering berlaku kepada ramai pengguna — terutamanya jika anda jarang buat transaksi atau hanya guna untuk terima bayaran. Dalam era digital hari ini, nombor akaun bank sangat penting untuk pelbagai urusan seperti pemindahan wang, kemasukan gaji, dan pembayaran bil.

Public Bank menawarkan pelbagai kemudahan seperti internet banking (PBe), aplikasi PBe Mobile, dan mesin ATM untuk membantu pelanggan semak nombor akaun mereka dengan mudah. Artikel ini akan bantu anda cara paling cepat untuk semak no akaun Public Bank yang hilang, sama ada secara online, melalui telefon, atau pergi ke cawangan terdekat.

Lupa No Akaun Public Bank

Nombor akaun biasanya terdiri daripada nombor panjang dan tidak mudah untuk Anda ingat.

Ada kalanya Anda memerlukan maklumat nombor akaun Anda untuk melakukan transaksi seperti menerima wang dari orang lain.

Tetapi macam mana jika Anda terlupa nombor akaun Public Bank? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara untuk memeriksa nombor akaun Publci Bank Anda dengan mudah.

Buku Bank

Anda hanya perlu mencari buku bank atau buku simpanan Anda. Di dalamnya terdapat maklumat mengenai nombor akaun Anda.

Sila buka buku simpanan Anda, pada halaman pertama di bahagian atas Anda akan menemukan no akaun Public Bank milik Anda.

ATM Public Bank

Sila pergi ke mesin ATM Public Bank berdekatan, seterusnya sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Masukkan kad ATM/Debit Public Bank dan PIN
  2. Pilih menu Balance Inquiry.
  3. Maklumat no akaun Public Bank Anda akan terpapar dengan jelas.

Online Banking PBE

Sila buka laman web PbeBank selepas itu sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Masukkan User ID dan Password
  2. Pilih menu My Accounts.
  3. Maklumat no akaun Public Bank Anda akan terpapar dengan jelas.

PB Engage MY

Sekiranya Anda mempunyai aplikasi PB engage MY di smartphone Anda, sila cuba langkah-langkah dibawah:

  1. Buka aplikasi PB engage MY.
  2. Masukkan user ID dan Password.
  3. Sila lihat menu Account.
  4. Makluma nombor akaun Public Bank Anda akan terlihat.

Resit ATM

Anda boleh menyemak nombor akaun melalui resit yang dikeluarkan oleh mesin ATM, sila periksa resit yang Anda miliki pada masa berbelanja atau menghantar wang.

Cawangan Public Bank

Macam mana jika buku simpanan hilang, resit ATM tidak ada, tidak mempunyai akaun perbankan internet atau mobile banking, apa boleh buat ?

Sila pergi ke cawangan Public Bank berdekatan untuk membuat buku bank baru, jangan lupa untuk membawa kad pengenalan dan kad ATM Anda.

Itulah cara dapatkan nombor akaun Public Bank sekiranya Anda terlupa no akaun Public Bank.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *