Menyimpan duit dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN boleh menjadi satu cabaran jika tidak tahu langkah yang betul. SSP bukan sekadar tempat menyimpan duit dengan selamat, malah menawarkan peluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Ramai masih keliru bagaimana untuk mula menyimpan SSP, sama ada melalui ATM, mesin deposit tunai, perbankan internet atau ejen bank berdaftar. Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah paling mudah untuk membeli dan menyimpan SSP BSN dengan kaedah yang sesuai mengikut keselesaan anda.

cara menyimpan bsn ssp

Isi Kandungan

  • Menyimpan SSP Melalui Mesin ATM
  • Mesin Deposit Tunai (Dengan Kad ATM/Debit BSN)
  • Mesin Deposit Tunai (Tanpa Kad ATM/Debit BSN)
  • Perbankan Internet myBSN
  • Ejen Bank Berdaftar (EB BSN)

Menyimpan SSP Melalui Mesin ATM

Kalau Anda ada kad ATM atau Debit BSN, cara ni memang senang sangat. Ikut je langkah ni:

  1. Masukkan kad ATM / Debit BSN
  2. Pilih bahasa yang Anda faham.
  3. Masukkan nombor PIN.
  4. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
  5. Masukkan jumlah dalam gandaan RM10.
  6. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

Mesin Deposit Tunai (Dengan Kad ATM/Debit BSN)

Kalau Anda nak guna mesin deposit tunai, cara ni pun senang je:

  1. Masukkan kad ATM / Debit BSN
  2. Pilih bahasa yang Anda faham.
  3. Masukkan nombor PIN.
  4. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
  5. Pilih cara simpanan (debit akaun atau tunai).
  6. Masukkan jumlah dalam gandaan RM10.
  7. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

Mesin Deposit Tunai (Tanpa Kad ATM/Debit BSN)

Kalau Anda dah ada akaun BSN SSP, tapi tak ada kad ATM/Debit, Anda boleh guna cara ni:

  1. Pilih bahasa yang Anda faham.
  2. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
  3. Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.
  4. Masukkan jumlah dalam gandaan RM10.
  5. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

Perbankan Internet myBSN

Untuk yang lebih tech-savvy, Anda boleh guna perbankan internet myBSN. Senang je, ikut langkah ni:

  1. Log masuk ke Laman Web BSN di www.bsn.com.my.
  2. Pilih ‘Simpanan BSN eSSP’.
  3. Pilih ‘nombor akaun’ dari senarai.
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  5. Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.

Ejen Bank Berdaftar (EB BSN)

Kalau Anda lebih suka jumpa orang face-to-face, Anda boleh pergi ke ejen bank berdaftar BSN. Macam ni caranya:

  1. Bawa kad pengenalan dan duit tunai (untuk pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit BSN atau tunai (untuk pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.
  2. EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.
  3. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
  4. Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.

Kalau Anda ada apa-apa soalan atau nak tahu lebih lanjut, boleh je layari laman web rasmi BSN di www.bsn.com.my atau pergi ke cawangan BSN yang terdekat.