Ramai yang masih belum tahu cara aktifkan kad debit BSN, menyebabkan banyak transaksi tergendala—terutamanya untuk pembelian dalam talian atau transaksi luar negara. Kadang-kadang, fungsi kad belum diaktifkan sepenuhnya, atau had pembelian belum disesuaikan, lalu menyulitkan urusan penting.
Kalau setiap kali kena ke bank, memang membuang masa dan menyusahkan, kan?
Sebenarnya, proses pengaktifan kad BSN sangat mudah. Anda boleh lakukannya melalui mesin ATM, secara online melalui myBSN, atau dengan mengunjungi cawangan BSN terdekat.
Dalam artikel ini, kami kongsikan langkah-langkah mudah untuk aktifkan kad debit BSN supaya anda boleh urus sendiri tanpa stres atau tunggu lama di kaunter.

- Kenapa Perlu Aktifkan Kad Debit BSN?
- Langkah Mengaktifkan Transaksi Luar Negara
- Langkah Mengaktifkan Transaksi Dalam Talian
- Cara Menetapkan atau Tukar Had Pembelian
Kenapa Perlu Aktifkan Kad Debit BSN?
Untuk elakkan sebarang gangguan masa buat transaksi, Anda kena pastikan kad debit Anda dah aktif. Terutamanya untuk:
- Perbelanjaan luar negara
- Pembelian secara dalam talian
- Tetapkan had pembelian
Langkah Mengaktifkan Transaksi Luar Negara
Sekiranya Anda dah mempunyai BSN online (myBSN), ikuti langkah ni untuk aktifkan kad:
Pengguna Kali Pertama
- Mula-mula, klik Daftar kat sudut kanan atas laman utama BSN.
- Lepas daftar berjaya, teruskan ke langkah seterusnya.
Pengguna myBSN Sedia Ada
- Log masuk ke myBSN.
- Pilih Manage Account dan klik Debit Card.
- Pilih Update Overseas Transaction Status, pilih Debit Card dan klik Next.
- Pilih Permanently Activated atau Temporary Activated atau Deactivated.
- Masukkan tarikh mula dan tamat, dan klik Next.
- Klik Request TAC (TAC akan dihantar ke nombor telefon Anda yang dah didaftarkan dengan BSN).
- Masukkan TAC dan klik Next.
Melalui ATM BSN
- Masukkan Kad Debit BSN Visa Anda.
- Pilih TUKAR PIN / LAIN-LAIN.
- Pilih PENYELENGGARAAN.
- Pilih TRANSAKSI LUAR NEGARA.
- Pilih PENGAKTIFAN SEMENTARA atau PENGAKTIFAN KEKAL.
Langkah Mengaktifkan Transaksi Dalam Talian
Pemilik myBSN boleh ikuti step berikut:
Pengguna Kali Pertama
- Klik Daftar kat sudut kanan atas laman utama BSN.
- Lepas daftar berjaya, teruskan ke langkah seterusnya.
Pengguna myBSN Sedia Ada
- Log masuk ke myBSN.
- Pilih Manage Account dan klik Debit Card.
- Pilih Update Online Purchase Status, pilih Debit Card dan klik Next.
- Pilih Permanently Activated atau Temporary Activated atau “Deactivated“.
- Masukkan tarikh mula dan tamat, dan klik Next.
- Klik Request TAC.
- Masukkan TAC dan klik Next.
Melalui ATM BSN
- Masukkan Kad Debit BSN Visa Anda.
- Pilih TUKAR PIN / LAIN-LAIN.
- Pilih PENYELENGGARAAN.
- Pilih TRANSAKSI DALAM TALIAN.
- Pilih PENGAKTIFAN SEMENTARA atau PENGAKTIFAN KEKAL.
Cara Menetapkan atau Tukar Had Pembelian
Jom ikuti step ni:
Pengguna Kali Pertama
- Klik Daftar kat sudut kanan atas laman utama BSN.
- Lepas daftar berjaya, teruskan ke langkah seterusnya.
Pengguna myBSN Sedia Ada
- Log masuk ke myBSN.
- Pilih Manage Account dan klik Debit Card.
- Pilih Update Purchase Limit, pilih Debit Card” dan klik Next“.
- Masukkan had pembelian baru dan klik Next.
- Klik Request TAC.
- Masukkan TAC dan klik Next.
Melalui ATM BSN
- Masukkan Kad Debit BSN Visa Anda.
- Pilih TUKAR PIN / LAIN-LAIN.
- Pilih PENYELENGGARAAN.
- Pilih UBAH HAD PEMBELIAN.
- Tetapkan had pembelian Anda.
Anda juga boleh aktifkan fungsi Transaksi Luar Negara dan Transaksi Dalam Talian melalui Pusat Khidmat Pelanggan BSN. Hubungi je 1300-88-1900 atau +603 2013 1900 (Luar Negara).
Mudah je kan nak aktifkan kad debit BSN untuk perbelanjaan luar negara, pembelian online, dan tetapkan had pembelian? Guna je myBSN atau ATM BSN, ikut langkah-langkah yang kami kongsikan ni.