Membuka akaun simpanan BSN adalah langkah bijak, terutama untuk perancangan kewangan sejak usia muda. Namun, ramai yang masih keliru dengan syarat dan dokumen yang diperlukan, lebih-lebih lagi jika melibatkan pembukaan akaun untuk umur yang berbeza.
Kadang-kadang kita sendiri tidak pasti dokumen apa yang perlu dibawa, atau prosedur sebenar yang perlu diikuti. Bayangkan sudah bersusah payah bawa anak ke bank, tetapi urusan tergendala hanya kerana satu dokumen tertinggal — memang mengecewakan.
Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan lengkap dan mudah untuk membuka akaun simpanan BSN bagi anak berumur 7, 13, 17 tahun, serta remaja atau individu berumur 18 tahun ke atas. Panduan ini merangkumi syarat kelayakan, senarai dokumen penting, dan langkah-langkah yang perlu diambil supaya urusan anda di bank lebih lancar dan tersusun.

Kelayakan
Mula-mula, Anda kena tau syarat-syarat nak buka akaun simpanan BSN:
- Akaun ni terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan penduduk tetap yang umur bawah 18 tahun dan ke atas.
- Akaun ni hanya untuk individu je, bukan untuk akaun bersama ke apa.
- Anda kena ada sekurang-kurangnya RM50 untuk simpanan permulaan.
- Membawa kad pengenalan/IC/MyKad.
Kalau Anda nak buka akaun untuk anak yang umur 7 tahun ke bawah, ada beberapa benda yang Anda kena buat:
- Penjaga (mak ayah atau sesiapa yang bertanggungjawab) je yang perlu datang ke cawangan BSN.
- Bawa kad pengenalan penjaga dan deposit pembukaan akaun minimum RM50.
- Bawa sekali sijil kelahiran anak untuk pengesahan.
- Kalau penjaga tu bukan ibu bapa kandung, kena bawa dokumen pengesahan penjaga.
Cara Buka Akaun di Cawangan BSN
Ni cara-cara nak buka akaun simpanan BSN untuk semua umur:
- Pilih cawangan BSN yang paling dekat dengan Anda.
- Jangan lupa bawa kad pengenalan dan duit RM50 untuk deposit permulaan.
- Kat cawangan nanti, Anda kena isi borang dengan maklumat peribadi.
- Lepas isi borang, serahkan borang dan kad pengenalan kat pegawai bank.
- Masukkan duit RM50 ke dalam akaun Anda.
- Sekarang ni, akaun simpanan BSN tak guna buku akaun.
- Selesai.
Bila nak buat akaun BSN online (myBSN), Anda boleh ikuti panduan dalam artikel cara daftar BSN online.
Buka akaun simpanan BSN ni memang senang dan bagus untuk Anda yang nak mula menyimpan duit.
Dengan syarat kelayakan yang mudah dan langkah-langkah yang senang diikuti, Anda boleh uruskan kewangan dengan lebih baik.
Pastikan semua dokumen dah sedia dan faham syarat-syarat yang diperlukan.