Salah satu masalah biasa yang dihadapi oleh pelanggan bank adalah apabila akaun simpanan mereka menjadi tidak aktif disebabkan baki minimum tidak mencukupi.

Apabila akaun tidak aktif, pelbagai urusan kewangan harian akan terganggu. Segala transaksi seperti pembayaran bil elektrik, air, atau komitmen bulanan lain akan gagal diproses.

Situasi ini juga boleh menyebabkan pengguna dikenakan caj tambahan atau penalti. Lebih membimbangkan, jika anda mempunyai arahan tetap untuk simpanan automatik atau pembayaran bulanan, semuanya akan terhenti serta-merta.

Keadaan ini sudah pasti menjejaskan pengurusan kewangan dan boleh memberi tekanan, terutama jika anda tidak menyedari akaun telah dibekukan atau ditutup akibat baki yang tidak mencukupi.

Baki Minimum BSN 2025
Baki Minimum BSN 2025

Isi Kandungan

  • Baki Minimum Akaun Simpanan BSN
    • Kepentingan Jaga Baki Akaun
    • Tips Jaga Baki Akaun
  • Caj Kad Debit BSN

Baki Minimum Akaun Simpanan BSN

Untuk Anda yang ada akaun dengan BSN, baki minimum yang perlu ada dalam akaun Anda supaya kekal aktif adalah RM10 je.

Betul tu, hanya RM10! Jadi, Anda tak payah risau sangat pasal nak simpan duit banyak-banyak dalam akaun.

Kepentingan Jaga Baki Akaun

Kenapa penting sangat jaga baki akaun ni? Ada beberapa sebab:

  • Akaun yang aktif membolehkan Anda guna semua perkhidmatan perbankan tanpa gangguan. Nak keluarkan duit, nak pindah duit, nak bayar bil, semua boleh.
  • Sesetengah bank ada caj tambahan kalau baki akaun jatuh bawah minimum.
  • Jaga akaun bank dengan baik membantu Anda mengekalkan reputasi kewangan yang bagus. Penting ni kalau Anda nak mohon pinjaman atau kad kredit nanti.

Tips Jaga Baki Akaun

Nak pastikan baki akaun sentiasa cukup? Ikut tips ni:

  • Gunakan perbankan internet myBSN untuk pantau baki akaun secara berkala.
  • Kalau boleh, set arahan tetap untuk simpan duit dalam akaun setiap bulan.
  • Rancang perbelanjaan bulanan dengan buat bajet.
  • Pengeluaran duit atau transaksi kecil yang kerap boleh menyebabkan baki akaun cepat habis.

Caj Kad Debit BSN

Selain dari baki minimum, kalau Anda perlukanĀ Kad Debit BSN, caj dia cuma RM12. Caj ni untuk kos pengeluaran dan penyelenggaraan kad tu.

Walaupun ada caj ni, ia tetap berbaloi sebab Anda boleh guna kad tu untuk transaksi tanpa tunai dan boleh keluarkan duit kat ATM seluruh negara.

Pastikan Anda selalu pantau baki akaun dan amalkan pengurusan kewangan yang bijak supaya akaun simpanan Anda sentiasa aktif dan sedia untuk digunakan bila-bila masa