Dalam kesibukan harian, kita kadang-kala terlupa kata laluan akaun bank, dan apabila cuba beberapa kali, akhirnya akaun terus disekat (suspended).
Ini adalah situasi biasa—tersalah masukkan password sebanyak tiga kali berturut-turut boleh menyebabkan akaun BSN anda digantung secara automatik.
Akibatnya, anda bukan sahaja kehilangan akses akaun, tetapi juga terpaksa mencari jalan untuk aktifkan semula akaun tersebut.
Nak hubungi pusat perhubungan pelanggan BSN, risau kena tunggu lama. Nak ke cawangan BSN, mungkin masa tak mengizinkan. Memang rasa buntu, kan?
Tapi jangan risau—setiap masalah ada penyelesaiannya. Di sini kami kongsikan punca akaun BSN disekat dan langkah-langkah mudah untuk mengaktifkannya semula.

Kenapa Akaun BSN Boleh Suspended?
Ada beberapa sebab utama kenapa akaun BSN Anda boleh kena suspended. Antaranya:
- Ini paling biasa berlaku. Kalau Anda tersalah masuk kata laluan tiga kali berturut-turut, sistem keselamatan BSN akan terus suspend akaun Anda. Ini untuk elakkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.
- Maklumat peribadi macam nombor telefon atau alamat tak dikemaskini.
- Kalau ada sebarang aktiviti mencurigakan dikesan pada akaun Anda, BSN akan suspend akaun buat sementara waktu untuk elakkan penipuan atau akses tak sah.
Kalau akaun Anda kena suspend, jangan risau. Anda boleh cuba langkah-langkah ni untuk aktifkan semula akaun BSN
Soalan dan Jawapan Mengenai Akaun BSN Disekat
Ni beberapa soalan dan jawapan yang boleh membantu Anda.
- Boleh ke saya keluarkan duit di ATM kalau akaun internet bank saya kena suspend? Ya, Anda masih boleh keluarkan duit di BSN ATM walaupun akaun internet bank kena suspend.
- Apa nak buat kalau tak terima OTP walaupun maklumat dah dikemaskini? Hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900 untuk semakan lanjut.
- Dah hubungi BSN dan pergi cawangan, tapi akaun masih kena suspend. Apa lagi saya boleh buat? Kalau dah buat semua langkah termasuk hubungi pusat perhubungan pelanggan dan pergi cawangan tapi masalah tak selesai, pastikan Anda dah isi semua borang yang diperlukan dan sahkan semua maklumat peribadi dengan tepat.
Kami harap maklumat ni dapat bantu Anda yang tengah hadapi masalah akaun BSN kena block.